Hukum menggunakan bekas emas dan perak menurut islam

2
211
views

Hari ini saya akan kongsikan tentang hukum menggunakan bekas emas dan perat menurut islam dari kitab fikah mazhab syafie .

Hukum menggunakan bekas emas dan perak menurut islam

Hukum dapat menggunakan bekas yang berbentuk emas dan perak adalah haram dalam semua aspek penggunaan seperti berwudhuk , minum dan lain-lain kecuali kerana terpaksa ( dalam keadaan darurat ) . Seperti tiada bekas lain untuk di gunakan .

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari 5110 dan Muslim 2067 daripada Huzaifah bin Al Yaman r.a telah berkata , aku menengar rasulullah s.a.w bersabda

Janganlah kamu memakai pakaian sutera dan dibaj iaitu sejenis pakaian yang sangat berharga daripada sutera . Dan jangan kamu minum menggunakankan bekas-bekas emas dan perak . Jangan kamu makan menggunakan pinggan-pinggan atau talam talam yang telah diperbuat daripadanya . Sesungguhnya semuanya itu untuk mereka yakni orang-orang kafir di dunia ini dan untuk kita pada hari akhirat .

Mengunakan bekas yang ditampal dengan emas atau perak 

Jikalau bekas itu disalut dengan emas maka hukumnya adalah mutlak haram tidak kiralah sedikit atau banyak . Tetapi jika tambilan itu diperbuat daripada perak maka hukumnya seperti berikut

  • Kalau sikit sahaja bukan untuk tujuan perhiasan , maka hukumnya harus .
  • Jika banyak dan tujuan perhiasaan , maka hukumnya jatuh kepada Haram
  • Jika banyak kerana keperluan atau sedikit untuk tujuan perhiasaann maka hukumnya makruh

Hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada bahan bernilai

Sekarang saya akan kongsikan apa hukum guna bekas yang diperbuat dari bahan bernilai . Guna barang yang diperbuat dari barang bernilai seperti al-mas ( sejenis batu yang bernilai ) , permata lu’lu , marjan dan lain-lain .

Maka hukumnya Harus . Ini disebabkan ketiadaan nas yang melarangnya dan hukumnya adalah harus selagi mana tiada dalil yang menunjukkan pengharamannya .

Hukum menggunakan bekas  orang kafir 

Menurut kitab yang saya buat rujukan pada kali ini . Hukum menggunakan bekas orang kafir adalah harus . Ini kerana dalil daripada hadis rasulullah s.a.w yang mana menyuruh kita membasuhnya .

Dengan makna sunat kerana bekas tersebut mungkin tercemas disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak , makan babi dan seumpamanya . Maka hukum menggunakan pakaian dan seumpamanya adalah sama seperti hukum menggunakan bekas-bekas mereka

Ringkasan untuk artikel ini

  • Hukum pakai bekas emas – Haram
  • Hukum pakai bekas perak – Haram
  • Hukum pakai bekas di tampal emas – Haram
  • Hukum pakai bekas yang di tampal perak – Mengikut keadaan dan tujuan ( Haram / Harum / Makruh ) sila rujuk diatas
  • Hukum pakai bekas dari benda bernilai – Harus
  • Hukum pakai bekas orang kafir – Harus

Itu sahaja yang dapat kita pelajari pada kali ini . Terima kerana sudi singgah membaca di blog ini silakan ajukan komen anda di petak komen dibawah .

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge