Hukum tunda qadha puasa ramadhan kepada musim sejuk

0
61
views

Hukum tunda qadha puasa ramadhan pada musim sejuk :  Assalamualaikum, pernah atau tidak korang terpikir untuk membuat pertanyaan untuk menunda qadha puasa ramadhan korang ke musim sejuk sebab masanya pendek?

hukum melambatkan qadha puasa kepada musim sejuk
hukum melambatkan qadha puasa kepada musim sejuk

Bagi seorang penduduk yang berada di garisan khalulistiwa mungkin bersoalan begini kurang mendapat tempat tetapi bagi mereka yang duduk di kawasan eropah sana ini antara persoalan yang mejadi tanda tanya.

Jadi insha Allah pada artikel ini saya akan menuliskan jawapan daripada pertanyaan hukum menunda qadha puasa ramadhan kepada musim sejuk daripada seorang ustaz.

Hukum menunda qadha puasa kepada musim sejuk

PERTANYAAN : Ustaz, apakah hukumnya saya menunda puasa ramadhan saya kepada musim sejuk sebab waktu pada musim tersebut pendek?

Jawapan : Bagi seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan ramadhan disebabkan uzur dan sebagainya, dia wajib untuk menqadha puasanya sebelum ramadhan yang berikutnya. Ini bermakna tidak kesah beliau untuk menqadha puasa tersebut pada musim sejuk ataupun di waktu yanglain.

Ini adalah berdasarkan firman Allah taalan dalam Surah al-Baqarah ayat 185

Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan yakni bermusafir ( lalu ia berbuka ), maka ( wajib ke atasnya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain

Juga terdapat sebuah riwayat yang mana Aisyah Radhiallahu anha dikatakan dia memiliki hutang untuk qadha puasa dan baru sempat dia tunaikan pada bulan sya’ban kerana dia sibuk melayani baginda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Jadinya hukum untuk persoalan itu adalah BOLEH SELAGI MANA QADHA ITU DILAKUKAN SEBELUM RAMADHAN BERIKUTNYA.

Namun begitu aman digalakkan bagi seseorang itu untuk mengantikan puasanya secepat yang mungkin. Kerana kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak kita bertemu dengan musim sejuk tersebut.

Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini kalau ianya memberi manfaat kepada anda sebarkan kepada sahabat dan saudara mara anda semoga usaha kita dalam memurnikan kehidupan islam itu menjadi salah satu amal kita di akhirat kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge