Info keputusan UPU 2017 – Tiada khusus lelong diberikan kepada pelajar

0
89
views

Info keputusan UPU – Tiada khusus lelong diberikan kepada pelajar : Tahukah anda 3 ogos ini merupakan satu hari yang dinanti-nantikan oleh majoriti pelajar lepasan STPM atau Setaraf dengannya. Ini kerana debaran keputusan UPU bagi kemasukan ke Universiti Awam atau kini dikenali dengan ( UA ) untuk pengajian ijazah sarjana muda ( Degree ) bakal diumumkan.

Saya tahu ramai diantara pelajar mengharapkan agar permohonan mereka berjaya tetapi bagaimana sekiranya pelajar gagal dalam permohonan UPU ini ? Apa yang harus mereka lakukan ?

*Update*Tarikh Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam

permohonan rayuan upu ke ua 2017

Sekiranya pelajar gagal dalam permohonan upu ke peringkat ijazah sarjana muda ini mereka hendaklah membuat permohonan rayuan. Untuk pengetahuan umum pada tahun ini permohonan rayuan kemasukan ke Universiti Awam menerusi UPU tidak seperti tahun sebelum ini.

Pihak UPU tidak lagi membuat penawaran kursus “ Lelong ” kepada pelajar secara automatik seperti sebelum ini. Pelajar hanya akan ditawarkan kursus berdasarkan pilihan mereka sahaja. Oleh demikian pelajar sekarang tidak perlu risau lagi jika ditawarkan kursus yang bukan pilihan.

Permohonan rayuan UPU dibahagian kepada 2 Fasa

Isi Kandungan

Mulai tahun ini juga permohonan rayuan upu dibahagikan kepada 2 fasa.

Rayuan Fasa 1 :

Ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan. Mereka yang layak membuat rayuan adalah seperti berikut : Baca Sini

Sekiranya pelajar berjaya dalam permohonan rayuan fasa satu ini, keputusan akan diumumkan pada 20-26 ogos 2017 dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya.

Manakala kepada mereka yang masih lagi gagal dalam permohonan rayuan fasa pertama, mereka ini diberi sekali lagi peluang untuk membuat permohonan.

Permohonan Fasa Ke-2

Untuk membuat permohonan rayuan fasa ke dua. Pelajar hendaklah menunggu sehingga pelajar yang berjaya pada permohanan pertama masuk ke Universiti. Ini kerana pihak UPU akan mengenal pasti kursus yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di universiti.

Jadi jumlah kursus piluhan dan pelajar yang bakal terpilih bagi rayuan fasa kedua adalah bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu.

Keputusan rayuan upu fasa ke 2 akan diumumkan pada 10-16 September 2017

Sumber : infopelajar2u

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge