Ini sebabnya kenapa orang islam kena jadi penulis

0
116
views

Assalamualaikum semua hari ini aku nak tulis kenapa orang islam itu digalakkan menjadi penulis pada zaman ini. Namun, artikel yang ini tidak menjurus kepada halangan untuk anda buat perkara lain sebab orang islam itu harus menguasai semua bidang macam berbahas dan sebagainya.

jadi lah penulis islam
penulis islam

Baiklah berbalik kepada topik yang aku ingin kongsikan pada hari ini, cuba kita imbau zaman silam bertapa ramainya ulama-ulama menjadikan penulisan sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Kita lihat Imam Al-Ghazali seorang ulama yang berjaya menghasilkan sebanyak 300 buah buku dan ada diantara bukunya yang menjadi rujukan sehingga kini, contohnya seperti buku ihya ulumuddin.

Seterusnya Al-Imam Syafie r.a merupakan imam mazhab kita ( majoriti bermazhab syafie di malaysia ). Beliau membahagikan malamnya kepada 3 bahagian yang mana 1/3 malamnya untuk beribadah 1/3 malamnya lagi untuk membaca dan 1/3 malamnya lagi untuk menulis.

Cukuplah dua orang tokoh agamawan ini aku bawa untuk artikel kali ini. Sekarang kita lihat manfaat daripada penulisan yang mereka buat.

Macam aku cakap sebelumnya banyak diantara buku mereka ini menjadi rujukan kita sebagai umat islam dalam menyempurnakan ibadah kita seharian. Dalam bidang fiqh kita dapat menjadikan panduan buku mereka sebagai rujukan kita bermuamalat seharian, kita tahu macam mana nak mandi wajib dengan sempurna ambil wuduk dengan sempurna dan sebagainya.

Begitu juga pada zaman ini kita haruslah menjadi salah seorang penulis islam yang mampu membangkitkan maruah umat islam sendiri. Kita lihat pada zaman sekarang islam itu ditindas begitu teruk! Maruah umat islam itu seperti dipijak-pijak

INI SEBAB KENAPA ORANG ISLAM HARUS JADI PENULIS

Kalau dilihat zaman sekarang adalah zaman media berkuasa. Media mampu memburukkan orang islam itu dengan pelbagai cara. Fikiran umat islam itu diracun secara kejam melalui media. Media kata umat islam itu penganas islam itu agama yang sentiasa membuat kekacauan dan sebagainya.

1) MENULIS UNTUK MENANGKIS FAHAMAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM

Kalau kita orang islam sudah pasti kita tidak mahu agama kita dan maruah kita dipijak begitu sahaja oleh orang lain. Dengan penulisan kita mampu untuk memperbetulkan fahaman mereka ( orang bukan islam ) terhadap agama kita.

Yang mana dalam agama islam Allah melarang 100% untuk kita melakukan kejahatan kezaliman terhadap sesama manusia. Bahkan dalam peperangan kita dilarang oleh agama untuk merosakkan tumbuh-tumbuhan, rumah ibadah orang bukan islam dan sebagainya.

Ini membuktikan bahawa agama islam itu melarang keras keganasan. Dan kita lihat pada zaman sekarang yang mana media mengatakan IS atau Islamic State dipelopori oleh islam melakukan keganasan di serata dunia kata mereka. Maka semakin hebatlah tekanan dan penghinaan terhadap islam oleh orang-orang bukan islam dan ada pula sebahagian daripada orang islam itu sendiri merasakan islam itu agama keganasan ( nauzubillahi min zalik ).

Oleh itu saya menyeru kepada semua orang islam untuk kita sama-sama belajar dan memahami agama islam terlebih dahulu seterusnya kita memperbetulkan fahaman mereka ini bahawa agama kita tidak mengalakkan peperangan, kerana islam itu sendiri bermaksud kedamaian dan sentiasa membawa kesejahteraan.

Mungkin mereka yang mencetuskan peperangan ini mempunyai akidah yang terpesong atau sebagainya. Itu antara kemungkinan yang boleh aku katakan. Akan tetapi kita sebagai orang islam kita tidak boleh menuduh begitu sahaja. Kadang-kadang mereka ini ( orang bukan islam ) sengaja mengunakan islam sebagai proxy sebagai agama keganasan sedangkan mereka ( orang bukan islam ) itu sendiri yang merancang melakukan keganasan.

2) SEKARANG DUNIA TEKNOLOGI MODEN 

Sekarang era moden yang mana manusia semakin hari semakin malas membuka buku. Ramai orang suka membaca e-Book. Semuanya atas talian semua dalam telepon dalam laptop.

Oleh itu kita boleh mengambil peluang ini dalam melakukan dakwah dan memberi ilmu manfaat kepada orang islam. Ya, contohnya anda boleh membuat satu penulisan berkaitan tentang ilmu-ilmu yang ada dalam agama islam, macam mana nak berpuasa, apa yang harus dilakukan.

Selain itu kita boleh melakukan dakwah dengan membuat satu gambar yang berbentuk islamic dan sebagainya.

KESIMPULAN

Cukuplah dua sahaja sebab apa anda perlu menjadi penulis. Insya Allah artikel ini akan aku kemas kini dari semasa ke semasa. Aku merasakan dua sebab diatas sudah menerangkan secara keseluruhan sebab kenapa anda perlu jadi penulis islam!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge