Ini tips bagaimana ingin pastikan assignment anda selamat

0
45
views

Lama jugak aku menyepi dari dunia blogger sampailah tertarik untuk menulis satu artikel berkaitan dengan  pokemon go . Tak sangka hit jugak aku punya artikel 100 perhari visitor lawat artikel tersebut  .

Jadi , rasa timbul kembali semangat untuk terus menulis artikel walaupun satu artikel sehari . Oh lupa bagi mereka yang belum baca artikel aku sebelum ni berkaitan dengan kebaikan dan keburukan pokemon go ( menurut aku ) boleh baca artikel tersebut di bawah ini

BACA : Kebaikan dan keburukan pokemon go ?

Jadi kita berbalik pada topik perbincangan awal kita iaitu cara untuk memastikan assignment atau kerja khusus sentiasa selamat . Boleh gila kan kalau kerja khusus atau assignment yang kita buat selama berhari-hari tiba-tiba hilang di mamah virus atau terdelete atau sebab-sebab lain .

Jadi pada kesempatan ini aku tulisl sedikit tips bagaimana ingin pastikan assignment anda selamat  . Aku guna tips ini yang aku dapat daripada pensyarah dan di topup oleh senior-senior aku .

Pertama : Perkara ini antara perkara yang paling biasa orang gunakan untuk

memastikan assignment mereka selamat , iaitu menyimpan salinan assignment di dalam pendrive ataupun external hard disk .

Tetapi tahukah anda external dan juga pendrive cepat rosak dan sangat mudah untuk dijangkiri virus-virus . Jadinya walaupun anda telah menyimpan dalam pendrive ianya tidak cukup untuk memastikan keselamatan assignmen anda terus selamat .

Kedua : Upload assignment anda ke mediafire . Mediafire merupakan tempat yang membolehkan anda menyimpan file , video , document dan lain-lain secara percuma . Storage atau stor simpanan yang diberikan bagi setiap akaun sebanyak 50GB .

Jadi dalam memastikan assignment untuk kekal selamat gunakan cara ini , jika assignment tersebut terlalu berharga anda privatekan file tersebut . Boleh pergi ke https://www.mediafire.com/ untuk pendaftaran dan penyimpanan .

Ketiga : Jarang orang gunakan perkara ini , kemudahan yang ada tetapi jarang digunakan iaitu facebook . Ada apa dengan facebook ? Facebook bukan sekadar tempat chating , bisnes tetapi ia juga boleh menjadi tempat penyimpanan file-file anda .

save assignment di facebook
save assignment di facebook

Bro macam mana nak simpan takkan nak simpan dalam wall pula ? Bukan begitu , untuk memastikan file anda terus selamat anda boleh cipta satu kumpulan ( create group ) personal . Dan add satu akaun facebook lain dalam group tersebut ( pastikan facebook anda juga ) . Dengan itu , file anda tetap private dan selamat .

Jadi para pembaca sekalian berikut anda perkongsian yang dapat aku kongsikan . Banyak lagi caranya cukuplah tiga ini , sudah memastikan assignment anda terus selamat .

Tetapi peringatan , cara ini jaga terlalu digunakan untuk benda penting seperti anda menyimpan maklumat negara , maklumat peribadi ( terlalu peribadi , dan lain-lain penting . Kalau terlalu penting sehingga melibatkan kewangan , anda gunakan laptop / computer lain untuk simpan maklumat berkenaan .

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge