Istilah-istilah ilmu Feqah

3
53
views

Sebagai seorang muslim atau seorang beragama islam kita hendaklah mengetahui Istilah-istilah ilmu feqah

Pada artikel ini saya akan menulis berkaitan dengan istilah-istilah yang perlu diketahui dalam ilmu feqah . Rujukan yang saya ambil di Kitab mazhab Syafie jilid 1 .

…. Istilah Ilmu Feqah

Fardu

Iaitu apa yang dituntut oleh Allah taala dengan tuntutan pasti atau secara muktamat ( jazim ) . Pelakunya akan diberi pahala .

Dan akan dikenakan azab jika meninggalkannya . Contoh yang boleh saya beri iaitu Ibadah puasa

Syariat islam telah memutuskan atau mewajibkan kita agar menunaikannya dengan tuntutan secara lazim sebagaimana firman Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 183

Diwajibkan ( di fardhukan ) ke atas kamu berpuasa .

Oleh demikian , jika kita menunaikannya atau melakukannya kita akan diberi pahala dan sebaliknya jika kita meninggalkannya kita akan diberi dosa

Wajib

Di dalam mazhab syafie , wajib dan fardu itu adalah perkara yang sama . Kedua-nya sama kecuali dalam ibadah haji  .

Dalam masalah haji wajib ialah perkara yang apabila ditinggalkan tidak membawa kepada luput atau batalnya ibadat hati tersebut .

Contoh : Melontar anak-anak batu di ketiga-tiga jamrah , berihram di miqat dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara wajib haji .

Apabila seseorang yang menunaikan haji meninggalkan perkara-perkara wajib di dalam ibadat haji , hajinya tetap sah tetap ia di anggap sebagai seorang yang berlaku tidak elok dalam ibadat hajinya .

Oleh itu dia wajib membayar fidyah dengan menyembelih binatang ternakan .

Manakala fardu di dalam ibadat haji ialah perkara yang apabila ditinggalkan akan menyebabkan luput atau tidak sahnya ibadat haji tersebut .

Contohnya , Wukuf di padang Arafah , Tawaf Wajib dan lain-lain fardu . Apabila seseorang meninggalkannya ketika menunaikan haji maka hajinya batal dan tidak sah .

Fardu ‘Ain

Farhu’ain ialah tuntutan wajib ke atas setiap individu mukallaf dengan tuntutan secara putus ( lazim ) .

Seperti menunaikan solat ,  puasa , dan haji bagi yang berkemampuan . Ibadat-ibadat ini wajib ke atas setiap mukalaf dan tidak memadai dengan hanya didirikan oleh sebahagian mukalaf tanpa sebahagian yang lain .

…. Seterusnya ialah Fardu Kifayah

Fardu kifayah ialah satu tuntutan ke atas sekumpulan orang islam , dan ia nya bukan bersifat tuntutan ke atas setiap individu .

Dengan kata lain apabila sebahagian mereka melakukan tuntutan tersebut sehingga terlaksana maka ia memadai dan dosa orang-orang lain yang tidak melakukannya akan gugur .

Tetapi semuanya dianggap derhaka dan berdosa sekiranya tidak ada seorang pun yang menunaikannya . Contohnya dalam hal pengurusan jenazah dan menyembahyangkannya .

Adalah menjadi kewajipan ke atas orang islam menguruskan jenazah dengan memandikannya , kafan sembahyang dan kebumikan .

Ada orang memanggil Fardu kifayah sebagai orang buat kita tak payah  . Tetapi alangkah indahnya kalau kita menterbalikkan kefahaman tersebut dengan kita buat orang lain tak payah  .

Inilah sebahagian daripada istilah-istilah dalam ilmu feqah . Saya hentikan artikel ini di sini di takut pembaca sekalian berasa bosan .

Untuk Istilah ilmu feqah yang lain anda bolehlah klik artikel-artikel di bawah . Semuanya adalah sambungan kepada artikel ini .

Semoga artikel “ Istilah-istilah ilmu feqah “ memberi manfaat kepada pembaca sekalian . Sebarang persoalan dan cadangan silalah di kemukan di Ruang Komen di bawah .

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge