Jadual cadangan waktu perjalanan

0
24
views

Jadual cadangan waktu perjalanan hari kebangsaan dan hari raya aidiladha 2017: Sebagaimana tahun sebelum ini semasa musim perayaan atau cuti yang panjang, Plus Malaysia Berhad akan mengeluarkan Jadual Perjalanan bagi melancarkan trafik.

Untuk itu berikut merupakan jadual waktu Jadual TTA Plus Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017 yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada waktu yang hampir sama. Ianya untuk melancarkan perjalanan sekiranya semua rakyat Malaysia membuat perjalanan pulang bercuti mengikut jam yang ditetapkan.

Baca Juga : Tema Hari Kebangsaan 2017

Jadual TTA PLUS hari raya aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017

Perjalanan dari Lembah Kelang Ke
  • Perlis, Penang, Perak ( Utara ), Kedah dan Johor : Perjalanan sebelum jam 10:00 Pagi
  • Lain-lain Negeri : Selepas Jam 10:00 Pagi
Untuk Perjalanan Dari Perlis, Penang , Perak, Kedah dan Johor ke
  • Lembah Kelang : Perjalanan sebelum jam 10:00 Pagi
Perjalanan Dari Negeri Selain diatas ke Lembah Kelang
  • Selepas jam 10:00 Pagi

Info Grafik TTA PLUS Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017

Berikut merupakan info grafik secara jadual cadangan waktu perjalanan Hari Kebangsaan dan juga Hari Raya Aidiladha 2017 : –

Info Grafik Jadual Perjalanan
Sumber : Plus / Hargaminyak

Selain itu Plus dalam masa yang sama menawarkan rebat tol sehingga 30% sepanjang hari selama 2 hari iaitu pada 29 ogos dan juga 4 September 2017. Rebat ini diberikan kepada pengguna adalah sebagai tanda menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya Plus.

Dan sebagai infomasi tambahan, TTA ( Jadual Cadangan Waktu Perjalanan ) ini merupakan satu pendekatan pihak PLUS untuk mengagihkan trafik bagi mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

Ia berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim cuti dan perayaan yang lalu. Jadual ini juga berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan seterusnya menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Semoga perkongsian Jadual TTA plus hari raya Aidiladha dan juga Hari Kebangsaan 2017 ini memberi manfaat buat semua. Untuk itu rancanglah perjalanan anda untuk bercuti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge