Jadual Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir 2017

0
258
views

Jadual Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir 2017 : Jika pagi tadi malaysia sudah tewas di tangan pasukan no 1 dunia Argentin, mampukah pasukan negara bangkit untuk meneruskan perjuangan agar layak ke pusingan akhir liga hoki dunia ?

Jadi pada artikel ini saya akan kongsikan kepada anda semua jadual liga hoki dunia pusingan separuh akhir di london.

Jadual Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir 2017
Jadual Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir 2017

Perlawanan bermula pada 15 Jun 2017 dan dijangka akan berakhir 25 Jun 2017. Sebanyak 20 pasukan akan bertanding bagi merebut 7 slot ke pusingan Akhir Liga Hoki Dunia. Pusingan separuh akhir ini dianggap sebagai pusingan kelayakan ke kejohanan hoki piala dunia 2018 yang mana pasukan berada di tangga ke 10/11 akan layak selain tuan rumah dan pasukan dari juara benua.

JADUAL PERLAWANAN MELIBATKAN PASUKAN HOKI MALAYSIA

Untuk maklumat semua berikut dikongsikan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita malaysia. Anda bolehlah menonton kesemua perlawanan menerusi kaca tv anda melalui astro arena 801.

17 JUN 2017 ( JAM 3 PAGI WAKTU MALAYSIA ) 

  • Argentina melawan Malaysia

-Pasukan negara tewas kepada pasukan Argentina 5-2 . Baca artikel penuh tentang perlawanan di sini –#Keputusan penuh hoki malaysia vs argentina

17 JUN 2017 ( 11 MALAM WAKTU MALAYSIA )

  • Malaysia melawan England ( KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA 3-7 ENGLAND )

20 JUN 2017 ( 1 PAGI WAKTU MALAYSIA ) 

  • Korea Selatan melawan Malaysia ( KEPUTUSAN PERLAWANAN KOREA 0-1 MALAYSIA )

21 JUN 2017 ( 3 PAGI WAKTU MALAYSIA )

  • China melawan Malaysia

22 JUN 2017 ( 10 MALAM WAKTU MALAYS ) 

25 JUN 2017 PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

Jadi mampukah pasukan kita melayakkan diri ke pusingan berikut? Bagi saya di dalam kumpulan A ini tidak menjadi masalah yang besar sebenarnya untuk pasukan negara menjadi 4 pasukan teratas untuk layak ke peringkat suku akhir.

Berbanding kumpulan B yang mengandungi pasukan seperti Belanda, India, Kanada, Scotland dan Pakistan yang mana bagi saya pasukan seperti Belanda, India, Kanada dan Pakistan mempunyai peluang lebih cerah.

Jadi marilah kita bersama-sama menyaksikan pasukan negara untuk turun berjuang di negara orang. Ayuh sama-sama kita laungkan semangat Malaysia boleh di kaca tv masing-masing hahaha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge