Jelesnya tengok sahabat blogger dapat duit adsense

2
182
views

Jelesnya tengok sahabat blogger dapat duit adsense : Semalam merupakan tanggal 21 haribulan yang mana hari tersebut merupakan hari pembayaran duit google adsense kepada semua publishernya yang berjaya mendapatkan jumlah minimum ( 100USD ).

Jadi tadi saya sengaja masuk kumpulan-kumpulan blogger di facebook, dan ada beberapa ahli kumpulan tersebut share gambar payment google adsense. Apa lagi jauh dalam lubuk hati kecil ini merasa sangat jeles dengan mereka.

Tapi apakan daya blog yang serba kekurangan ini baru lagi diterima oleh google adsense sekitar 1 minggu yang lalu. Jadi duit masih tidak mencukupi untuk dibawa keluar daripada akaun untuk terus terbang masuk ke dalam akaun bank.

[ Baca Juga ]- Akhirnya blog diterima adsense

Tapi tak apalah bak kata orang putih kita mestilah kena ” Follow the flow ” dan bak kata orang melayu ” Kena berusaha baru ada hasil “. Jadi bersabarlah dalam membina sesuatu, jangan terlalu tamak dan sebagainya. Ini dia antara perkongsian dari kawan-kawan di facebook.

pembayaran duit google adsense
E-mel sebelum duit adsense di masukkan dalam akaun – Gambar – Deni Riswana

Kalau sudah dapat e-mel itu bererti sahabat ini telah menjana lebih daripada 100usd. Fuhh masyuk dah tu, apatah lagi sekarang nilai mata wang usd tinggi ! Kalau kadar pertukaran menurut google sekarang 1USD=RM4.29 ini bermakna kalau dia dapat sekurang-kurangnya 100USD dia sekarang paling busuk ada RM429.

Pendapat google adsense
Pendapat google adsense ni memang aku jeles – Gambar Aynora Nur

Cuba pula tengok gambar atas ni pendapat per day 29.26USD. Ini saya ambil daripada facebook akak Aynora Nur, dia juga ada shared satu artikel tentang pendapat dia bulan puasa ni sehingga mampu dapat 40USD dari google adsense. Tak percaya ? Bacalah – > http://www.aynorablogs.com/2017/06/income-google-adsense-meningkat-254.html

Hmmm jelesnya lah aku, tapi tak mengapalah macam aku cakap diatas follow the flow insha Allah suatu hari nanti aku juga mampu menjana 100USD keatas setiap bulan sebagai duit sampingan.

Jadi kalau korang tidak tahu apa itu google adsense aku rasa korang memang ketinggalan lah dalam dunia internet.

APA ITU GOOGLE ADSENSE ? 

Google adsense merupakan sebuah tempat periklanan yang dimiliki oleh syarikat gergasi google. Jadi ramai para blogger apply google adsense ini sebagai pengiklan rasmi di blog mereka.

Tapi untuk mohon google adsense bukan suatu perkara yang mudah sebab ianya memerlukan banyak kiteria yang perlu diikuti oleh seorang blogger tersebut. Jadinya kalau nak permohonan berjaya setiap publisher iklan adsense harus memastikan setiap apa yang diinginkan oleh google dipenuhi.

KADAR PEMBAYARAN GOOGLE ADSENSE KEPADA PUBLISHER

Kadar pembayaran yang dibuat oleh google adsense kepada publishernya adalah mengikut klik ini bermakna google akan bayar mengikut cpc ( Cost per link click ). Dan kadar bayaran pula mengikut tempat visitor tersebut.

Kalau klik daripada eropah misalnya bayaran yang akan diterima lebih tinggi berbanding daripada orang klik iklan dalam negara. Kadang-kadang bayaran per klik boleh sampai 1 USD.

Aku pun nak terangkan banyak-banyak tak mampu sebab aku bukan pakar dalam bidang ini. Jadi kalau nak tanya soalan atau nak baca banyak lagi tentang google adsense korang boleh search di google.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge