Jumlah RM50 sekarang ni macam RM5 je

4
27
views

Pernah tak korang ada RM50 kat tangan tapi dalam masa tidak sampai sehari duit rm50 tadi habis dibelanjakan. Macam tu juga aku, tadi aku keluar ke bandar dengan berbekalkan 60 ringgit.

Dekat rumah sudah buat perancangan nak buat apa je kat bandar nanti. Takut duit tu habis dengan cepat so buatlah sedikit perancangan.

Namun perancangan yang sudah disusun rapi gagal juga untuk menjimatkan duit RM60 tadi hahaha. Dalam masa tidak sampai 2 jam aku kat bandar RM50 tadi ibarat RM5 je. Padahal barang yang beli tak lah banyak mana. Tapi itulah kan harga barang meningkat * Tetibe ^_^ *

RM50 itu umpama rm5
RM50 itu umpama rm5

Apa yang aku dapat dengan RM50

Memandangkan tajuk artikel aku pada hari ini Jumlah RM50 sekarang ni macam RM5 je jadi aku nak share apa je dapat dengan RM50 ni. Ini dia barang yang aku dapat

  1. Pencuci muka – RM20
  2. Simkad xpax latest – RM20 ( include 16 topup )
  3. Gunting rambut – RM10

Macam aku cakap kat atas aku sebelum keluar rumah memang dah buat checklist apa yang akan aku beli dan buat. Sebab aku malas nak keluar lama-lama penat + bosan.

So aku pergi ke mall untuk dapatkan pencuci muka dengan harga RM20. Mesti korang cakap da tahu duit tak banyak belilah pencuci muka murah. Tapi aku selesa pakai pencuci muka rm20 tu nak buat macam mana ==”.

Then aku singgah pula kat vendor tepi mall tu sebab aku nak beli simkad. Memang betul simkad ni bukanlah keperluan. Disebabkan aku memerlukannya jadi melambunglah duit aku RM20. Nasib tak perlu topup da sebab dia memang da kreditkan rm16 dalam simkad tu selamatlah duit aku sikit.

Seterusnya, memandangkan rambut da serabai tahap super saiya, aku pun pergilah gunting rambut. Aku pergi kedai gunting rambut india biasa je sekali ambik kau kena RM9. Mak aih dulu aku gunting RM5 je ! Apa dia pikir kedai dia saloon ke apa. Adoii nak tak nak aku serahkan la rm9 ke dia.

Maka berakhirnya nilai RM50 aku. Nampak tak nilai rm50 umpama rm5 je sekarang ni. Jadi aku nasihatkan kawan-kawan sekalian kalau nak keluar tu buat dulu check list. Walaupun korang ada checklist belum tentu korang boleh jimat :P.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge