Kali ini TheSukan membuat permohonan maaf

1
80
views

Kali ini TheSukan membuat permohonan maaf : Semalam sebuah blog sukan iaitu TheSukan membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam laman web mereka. Saya pun tidak pasti kenapa dan mengapa mereka berbuat demikian. Berikut merupakan satu artikel permohonan maaf the sukan kepada Melaka United.

Di sini kami, Bukhari Othman, Pemilik The Sukan dan Mohd Khaidzir atau admin Eikrem, yang telah menulis dan menerbitkan artikel yang bertajuk “Eric Williams Selar Pemain Melaka United Malas, Yusoff Mahadi Tidak Tegas” pada 18 Julai 2017 di laman web thesukan.com, ingin memohon maaf kepada Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi, Encik Richard Sinapan, Encik Syed Sammat dan Encik Kamalzhani.

Ini kerana kami telah membenarkan terjemahan dan menerbitkan satu artikel dari sebuah laman web bola sepak berbahasa Inggeris tanpa usul periksa, terburu-buru dan tidak merujuk kepada pihak yang namanya disebut dalam artikel tersebut tentang kisah sebenar di sebalik tuduhan Eric Williams tersebut, sekaligus mencemarkan imej dan menjejaskan reputasi mereka yang terlibat.

Ini adalah pengajaran yang penting buat kami sebagai teladan di masa hadapan.

Sekali lagi kami memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.

Sumber : Thesukan.com

the sukan mohon maaf
the sukan mohon maaf

Sebelum ini pula ada sebuah blog hampir disaman oleh seorang artis Malaysia. Akhirnya blogger tersebut memohon maaf di blognya pisang cheese.

pisang cheese hampir di saman
Via – Facebook.com

Saya sangat berharap yang blog peribadi saya ini bebas daripada unsur fitnah. Jadi wahai para blogger jangan anda semua menabur fitnah takut nanti disaman.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge