Kebaikan dan kelebihan puasa 6 di bulan syawal

3
138
views

Kebaikan dan kelebihan puasa 6 di bulan syawal : Bila sahaja berada dalam bulan syawal ini, maka saya yakin antara persoalan yang akan timbul atau menjadi buah mulut masyarakat kita adalah berkaitan dengan puasa 6 hari selepas hari raya .

Jadi saya pun ingin mengambil kesempatan ini untuk menceritakan kebaikan dan kelebihan puasa enam ini.

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PUASA 6

Berikut antara kelebihan dan kebaikan yang dapat kita perolehi daripada berpuasa 6 hari di dalam bulan syawal.

hadis tentang berpuasa di bulan syawal
hadis tentang berpuasa di bulan syawal

Pertama sekali sudah pasti ganjaran yang dijanjikan atau yang disebutkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w sendiri iaitu ganjaran pahala seperti berpuasa satu tahun. Seperti mana sabda baginda yang dapat kita lihat di dalam Hadis Riwayat Muslim No 1164

Barang siapa yang berpuasa di dalam bulan ramadhan kemudian dia berpuasa 6 hari di dalam bulan syawal maka dia berpuasa seperti setahun penuh.

Yang kedua pula ialah kita dapat mendidik hati kita untuk terus beribadah kepada Allah. Kalau kita mampu untuk berpuasa 6 di bulan syawal ini menunjukkan kita seorang mampu untuk beristiqomah dalam sesuatu amalan.

Kalau sudah membuat puasa 6 apa salahnya jika kita teruskan amalan puasa kita ini dengan berberpuasa hari isnin dan khamis.

Selain itu juga kebaikannya adalah untuk terus menjaga kesihatan. Seperti yang kita ketahui bahawa berpuasa itu dapat menjaga kesihatan seseorang. Saya malas untuk menulis berkaitan ini sebab malas nak buat research tapi kita tahukan secara umum bahawa kalau kita berpuasa ianya dapat menjaga kesihatan kita.

Cukuplah sedikit sahaja perkongsian tentang kebaikan dan kelebihan berpuasa enam walaupun banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kebaikannya. Untuk itu sekarang saya akan kongsi cara melakukan puasa 6 atau niat puasa 6.

Cara melakukan puasa 6

Puasa 6 hendaklah dilakukan dalam bulan syawal sahaja. Dan mestilah ianya bermula pada hari kedua hari raya. Jangan pula anda berpuasa pada hari pertama hari raya aidilfitri hukumnya haram.

NIAT PUASA 6 ( SYAWAL ) : Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan syawal kerana Allah taala.

Jadi bagi wanita yang ada tertinggal puasa dalam bulan ramadhan dan ingin gantikan sekali dengan berpuasa 6 berikut adalah niatnya

NIAT PUASA 6 SEKALI DENGAN QADHA PUASA : Sahaja aku berpuasa qadha bulan ramadhan berserta sunat syawal kerana Allah taala.

Tapi ada berpandangan kalau boleh ganti dahulu puasa ramadhan baru buat puasa 6 atau puasa syawal ini.

Untuk berpuasa 6 atau berpuasa 6 ini hendaklah dibuat secara berturut-turut 6 hari dalam bulan syawal bermula 2 syawal. Kalau tidak mampu bolehlah buat selang-selang. Tetapi afdalnya buat secara berturut-turut. Janji buat.

So tidak ke korang mahu untuk buat puasa 6 ini sebab ganjarannya sangat besar disisi Allah taala. Rugi tau kalau tak buat.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge