Kecuaian dari perspektif islam

0
28
views

Kecuaian dari perspektif islam : Kecuaian dalam bahasa arab : Al-tafrit , al-taqsir atua al-ihmal yang membawa makna cuai atau kurang berhati-hati.

Menurut istilah pula cuai ialah satu sikap kurang berhati-hati semasa seorang itu perlu berjaga-jaga agar tidak menyebabkan kecacatan atau kerosakan ( faruqi, 1997 ).

cuai_dari_perspektif_islam

 

Elemen-elemen kecuaian

  • Wujud kewajipan berjaga-jaga
  • Berlaku perlanggaran tugas berhati-hati
  • Mengakibatkan kerosakan

Kecuaian dalam kedoktoran 

Berikut adalah 5 liabiliti doktor menurut Ibnu Qayyim

  1. Doktok yang berkelayakan dan menggunakan sepenuh kepakaran, jika berlaku kecederaan, sedangkan doktor guna kaedah yang betul, doktor itu tidak bertanggungan.
  2. Doktor yang merawat tidak berkelayakan, pesakit mengetahui tetapi merelakan dirawat, doktor tersebut tidak bertanggungan.
  3. Doktor berkelayakan, tetapi cuai dalam menjalankan tugas, kecederaan berlaku. Doktor bertanggungan dan perlu bayar diyat ( gantirugi yang telah ditetapkan oleh syarak  ).
  4. Doktor pakar tetapi tersilap diagnos penyakit, berlaku kematian, doktor bertanggungan dan dikenakan diyat.
  5. Doktor merawat pesakit tanpa izin pesakit, berlaku kecederaan, doktor bertanggungan.

Faktor dalam menentukan liabiliti doktor menurut ibn Qudamah 

Pertama keizinan daripada pesakit untuk doktor merawatnya. Dan yang kedua adalah niat baik doktor untuk memberi rawatan kepada pesakit dengan kaedah rawatan yang betul.

Syarat dalam menentukan liabiliti doktor menurut Ibn Qudamah 

  1. Doktor berkelayakan yang diiktiraf dalam bidangnya.
  2. Rawatan bertujuan menyembuhkan penyakit dengan baik.
  3. Rawatan yang konsisten dengan kaedah rawatan yang diiktiraf.
  4. Keizinan pesakit secara tersurat dan tersirat.

Begitulah serba sedikit berkaitan dengan Kecuaian dari perspektif islam .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge