Kejatuhan Bani Umayyah berpunya daripada konspirasi dendam golongan syiah

0
27
views

Kejatuhan Bani Umayyah berpunya daripada konspirasi dendam golongan syiah : Jika sebelum ini saya ada menulis Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah Pada kali ini saya akan menulis sejarah syiah di era khalifah bani Umayyah.

Muawiyah bin Abi Safyan telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Sayyidina Ali r.a. Dan dengan berundurnya Sayyidina Hassan r.a dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya.

Kejatuhan Bani Umayyah berpunya daripada konspirasi dendam golongan syiah
Kejatuhan Bani Umayyah berpunya daripada konspirasi dendam golongan syiah

Ketika itu kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang menyokong idea Ibnu Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam, yang sentiasa menjalankan aktiviti menghasut mengadu domba dalam masyarakat Islam.

Sikap tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika pada era ini. Analisis terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh.

Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali ( bukan arab ) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.

Mereka ini adalah sebuah kelompok munafik asli !

Namun penglibatan Syiah dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khalifah Bani Umayyah.

Muhammad Bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang telah diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyimbin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, dia telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah dia mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.

Selepas mematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan.

Apabila Rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harram dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas al-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam.

Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas al-Saffah telah dipilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge