Keputusan bola sepak sukan sea kuala lumpur 2017 Malaysia vs Brunei

0
73
views

Keputusan bola sepak sukan sea kuala lumpur 2017 Malaysia vs Brunei : Sebentar tadi telah berlangsungnya aksi pembukaan sukan sea kuala lumpur 2017 bagi perlawanan bola sepak. Pasukan negara turun menentang pasukan brunei.

Walaupun sebelum perlawanan ini Myanmar terlebih dahulu turun menentang Singapura.

Namun apa-apa pun tidak lengkap sukan sea kali ini sekiranya kita tidak dapat membawa pulang ibu segala pingat ini kerana kita bermain di halaman kita sendiri di hadapan penyokong kita sendiri. Pasti rata-rata peminat bola sepak tanah air sangat mengharapkan pingat emas untuk pasukan bola sepak negara kali ini.

Keputusan bola sepak sukan sea kuala lumpur 2017 Malaysia vs Brunei

Sebelum kepada keputusan berikut merupakan pemain yang beraksi pada perlawanan pembukaan ini.

pemain bola sepak sukan sea Malaysia vs Brunei
Sumber : Astro Arena

MASA PERTAMA

Nampaknya pemain negara menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila wisel ditiupkan. Pasukan lawan diasak bertubi-tubi di awal 10 minit pertama.

Dan hasilnya gol berjaya dijaringkan diawal minit ke-4 oleh Safawi Rashid.

Walaupun pasukan negara nampak mendominasi perlawanan dengan beberapa percubaan berjaya dihasilkan namun ketumpulan jentera hadapan amat jelas.

Pasukan negara dihukum oleh pasukan lawan pada minit ke-12 oleh gol Mohamed Zulhairy Hady. Gol hasil daripada kelekaan pertahanan apabila Zulhairy dengan mudah melepaskan diri daripada perangkap offside yang dibuat oleh pemain negara.

Tamat masa pertama kedua-dua pasukan diikat dengan jaringan 1-1.

MASA KEDUA

Perlawanan penuh debaran ini diteruskan, dan nampak sekali pemain negara bertungkus lumus untuk menjaringkan gol di awal masa kedua.

Namun percubaan demi percubaan semua gagal apabila beberapa percubaan melambung tinggi bak layang-layang. Dan beberapa percubaan lemah terus disajikan.

Namun akhirnya pasukan negara berjaya memecahkan kebuntuan apabila Adam Nor Azlin berjaya menjaringkan gol pada minit ke 60 hasil daripada sepakan sudut dan disambut baik dengan kepalanya.

Pasukan negara terus menyerang tanpa diserang balas apabila pemain tengah negara berjaya menguasai bahagian tengah dengan baik.

Namun sayang sekali apabila rata-rata pemain dihadapan menunjukkan sikap tamak apabila kerap kali membuat cubaan bermain sendiri namun hasilnya tiada.

KEPUTUSAN PENUH : Malaysia 2-1 Brunei

KESIMPULAN

Pasukan negara harus dan wajib mengubah corak permainan individu sekiranya ingin berjaya untuk mara ke final. Sekian sahaja tulisan 10 sen saya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge