Keputusan hoki malaysia vs argentina 2017

1
2070
views

Keputusan hoki malaysia vs argentina 2017 :  Berikut merupakan keputusan penuh bagi perlawanan hoki ( HERO Hockey World League 2017 (Men) ).

Perlawanan ini diadakan pada jam 3 pagi tadi waktu malaysia. Walaupun pada perlawanan kali ini pasukan negara tewas di tangan pasukan hoki no 1 dunia – argentina saya secara peribadi terpegun dengan gaya pasukan kita.

Update Separuh Akhir * TERKINI *: MalAysia vs Argentina 2017 ( Separuh Akhir ) 

Perlawanan sebentar tadi pada separuh masa pertama seri dengan keputusan 2-2 sebelum masuk ke babak berikutnya untuk menyambung separuh masa kedua.

GOL pasukan argentina muncul di awal minit ke-4 menerusi penalti corner, gol tersebut di jaringkan oleh pemain yang sedang digereni oleh mana-mana pasukan hoki dunia iaitu Gonzalo Peillat.

Gonzalo sebelum ini telah meledak 2 gol menerusi penalti corner semasa pasukannya argentina menundukkan pasukan korea selatan 2-1

Tersentak dengan gol awal pasukan lawan, pasukan negara berjaya membuat gol menerusi gol padang oleh Shahril Saabah pada minit ke 7.

Permainan semakin rancak ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, akhirnya pasukan argentina berjaya menambah gol kedua mereka pada minit ke 11 sekali lagi menerusi pemain yang sama melalui penalti corner.

Semangat yang terus membara ditunjukkan oleh skuad negara yang akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke 18, kali ini melalui penalti corner yang berjaya disempurnakan oleh Tengku Ahmad Tajuddin.

Tamat separuh masa MALAYSIA 2 – ARGENTINA 2

hoki malaysia vs argentina 2017
hoki malaysia vs argentina 2017

Masuk sahaja separuh masa kedua pasukan lawan nampak lebih bersedia dan lebih garang apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada 40,47 dan 49.

Yang mana 2 gol pada masa kedua ini dijaringkan oleh Gonzalo Peillat. Dan satu lagi melalui gol padang digaringkan oleh Facundo Callioni.

ULASAN PERLAWANAN ARGENTINA VS MALAYSIA 2017

Sedikit ulasan yang dapat saya buat ialah pasukan negara harus memperbaiki bahagian pertahanan ketika penalti corner diambil kerana 3 gol yang dijaringkan oleh argentina pada pagi ini melalui penalti corner.

Selain itu pasukan negara juga harus bijak menyempurnakan penalti corner.

Secara keseluruhan saya rasa pasukan negara berada dalam keadaan yang baik untuk memenangi perlawanan berikutnya menentang ENGLAND.

Jangan lupa saksikan pasukan negara akan menentang pasukan ENGLAND pada jam 11. Ayuh sama-sama kita saksikan dan doakan agar pasukan negara membawa sinar dan kejayaan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge