Keputusan hoki separuh akhir malaysia vs argentina 2017

0
769
views

Keputusan hoki separuh akhir malaysia vs argentina 2017 :  Sebentar tadi perlawanan separuh akhir hoki liga dunia telah dilangsungkan.

Malaysia berjumpa dengan Argentina sebagai pasukan no satu dunia di peringkat ini walaupun sebelum ini Malaysia telah bertemu dengan pasukan no 1 ini. Jadi berbeza skrip perlawanan pada kali ini apabila MALAYSIA KALAH BERMARUAH DI TANGAN ARGENTINA.

[ Baga Juga ]- Malaysia Vs Argentina Di Peringkat Kumpulan

KEPUTUSAN PENUH SEPARUH AKHIR MALAYSIA VS ARGENTINA

Di suku pertama perlawanan Malaysia dan juga pasukan lawan Argentina tidak dapat membuat sebarang gol walaupun beberapa percubaan dilakukan.

Masuk sahaja pada suku kedua perlawanan Argentina yang gah dan terbukti mempunyai kemampuan yang tinggi untuk membuat gol menerusi PC ( Penalty Corner ) berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 13.

Gol pertama argentina itu dijaringkan oleh pemain Lucas Villa. Tidak sempat untuk Malaysia bangkit sekali lagi penjaga gol negara dibolosi kali ini menerusi Manuel Brunet pada minit ke 34 kali ini gol dijaringkan menerusi gol padang.

Tidak lama kemudian the speedy tiger berjaya menjaringkan gol pada minit ke 38 menerusi Faisal Saari menerusi penalty shoot.

keputusan penuh hoki malaysia vs argentina separuh akhir
keputusan penuh hoki malaysia vs argentina separuh akhir

Api kebangkitan malaysia tidak mampu menandingi pasukan argentina apabila terpaksa berpuas hati dengan satu jaringan gol sahaja. TAMAT PERLAWANAN MALAYSIA 1-2 ARGENTINA.

Hmm tidak mengapalah rakyat malaysia, kita doakan sahaja pasukan negara berjaya untuk mendapat tempat ke-3 pada kejohanan kali ini. Kita patut berasa bangga bila ada lagi anak bangsa kita sanggup berjuang membawa nama negara dan rela untuk meninggalkan keluarga untuk bersama-sama keluarga menyambut hari raya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh umat islam khususnya dan seluruh rakyat malaysia umumnya.

Malaysia akan bertemu ENGLAND pada perlawanan penentuan tempat ke3 dan keempat. England tewas 0-2 kepada belanda pada pusingan separuh akhir.

[ Baca Juga ]- Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan Malaysia vs England

INFORMASI MENARIK UNTUK PERLAWANAN DENGAN ARGENTINA

Argentina merupakan negara yang sedang menduduki tahta no 1 sukan hoki dunia manakala malaysia menduduki tempat ke 14.

Sebelum perlawanan ini malaysia jumpa dengan argentina dan malaysia kalah dengan jaringan yang besar 5-1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge