Keputusan Malaysia Vs Lebanon 2017

0
317
views

Keputusan Malaysia Vs Lebanon 2017 : Sekian lama menunggu untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan akhirnya tercapai tadi apabila skuad kebangsaan malaysia melawan Lebanon untuk kelayakan PIALA ASIA.

Sebenarnya aku tidak sabar nak menyaksikan perlawanan Malaysia ni. Bukan apa kalau kita tengok pasukan negara nampak gah dengan jurulatih baru yang mempunyai latar belakang yang boleh dikatakan hebat jugalah.

Dengan kembalinya beberapa pemain yang mengumumkan persaraan. Macam syafiq rahim bagi aku dia antara pemain tengah yang begitu hebat setakat ni sebab tidak ada lagi yang nampak lebih baik dari beliau.

Tapi itulah kita harus menerima hakikat bola itu bulat kalau ditakdirkan kalah letak messi pun dalam pasukan mesti kalah jugak.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Keputusan penuh perlawanan MALAYSIA 1 – LEBANON 2. Perlawanan memang nampak memihak kepada pasukan lebanon. Walaupun gol awal berjaya di jaringkan oleh Mahali Jasuli. Bola muntah disambut baik oleh Mahali itu membuatkan penyokong negara bersorak gembira di babak pertama perlawanan.

keputusan perlawanan malaysia vs lebanon
keputusan perlawanan malaysia vs lebanon

Masuk sahaja babak kedua perlawanan sudah nampak menjadi milik pasukan lawan apabila penguasaan penuh dibuat oleh pemain-pemain lawan.

Pemain negara pada ketika ini lebih menjadi pemerhati. Penguasaan di bahagian tengah nampaknya menyukarkan kapten negara kita sukar membuat lorongan-lorongan baik ke hadapan.

Kepincangan di bahagian bawah berjaya di manfaatkan pasukan lawan apabila pasukan negara membiarkan pemain lawan mudah mengambil bola dari sepakan percuma yang diberikan. Sebelum pemain lawan membuat satu plessing menewaskan penjaga gol negara.

Setelah di ikat satu sama, pemain negara mula mencari rentak untuk mendahului semula pasukan lawan.

Tapi sayang pada minit akhir perlawanan, gawang gol negara sekali lagi dihukum akibat kelemahan, kelemauan pertahanan.

Tamat perlawanan pasukan pelawat menang dengan jaringan gol 2 berbalas 1.

ULASAN PENDEK 

Bagi aku pasukan kebangsaan kita ni memang terlalu lemau lagi. Dan aku rasa pemain-pemain yang berada di atas tadi macam syafiq walaupun pada permulaan artikel aku puji dia tapi hakikatnya malam tadi dia macam tak ada fungsi. Lemau !

Taktikal yang hampir sama diterapkan dalam pasukan. Player macam takut nak main. Fuhh aku bukanlah orang yang berada dalam bidang sukan ni tapi aku sebagai seorang penyokong boleh nampak yang pemain-pemain kita ni masih tidak keluar dari kelompok mereka.

Aku harap next game lebih baik dari game hari ni. Menyesal rasanya tengok game tadi menghabiskan data aku saja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge