Keputusan penuh hoki malaysia vs china 2017

2
262
views

Keputusan penuh hoki malaysia vs china 2017 :  Pagi tadi sekali lagi berita gembira buat peminat-peminat sukan hoki tanah air apabila pasukan negara yang turun menentang pasukan china mendapat kemenangan kedua.

Saya merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menyaksikan aksi pasukan negara kerana di kampus tempat belajar tidak disediakan kemudahan seperti tv ditambah dengan internet saya pagi tadi tiada untuk cari streaming ( kalau ada ).

Hmm apa-apapun saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada semua pemain hoki negara kita kerana tidak menghampakan kami untuk terus memberi sokongan kepada kalian ke peringkat seterusnya.

Jika anda baca artikel sebelum ini yang mana pasukan negara tewas kepada england dengan skor 7-3 sangat menghampakan saya secara peribadi dan umumnya peminat sukan hoki negara. Apabila ramai diantara peminat hoki membuat luahan perasaan di beberapa page untuk meminta jurulatih meletak jawatan sebab tidak ada guna bayar mahal taktikal hancus.

[ Baca ] – Keputusan Penuh Malaysia vs England

Keputusan penuh malaysia vs china 2017

Setelah mendapat kemenangan sulung dalam kumpulan Aselepas menewaskan pasukan KOREA SELATAN 1-0 skuad Stephen Van Huizen meneruskan momentum kemenangan mereka selepas membenam skuad china dengan jaringan gol 5-1.

keputusan penuh hoki malaysia vs china
keputusan penuh hoki malaysia vs china

Jika dua perlawanan awal jaringan pembukaan dibuat oleh pasukan lawan tetapi berbeza untuk kali ini apabila pasukan negara berjaya membuka tirai gol seawal minit kedua menerusi penyerang negara Faizal Saari.

Kegarangan The Speedy Tiger jelas terselah apabila menambah gol kedua selepas 10 minit mendahului melalui pemain Najmi Farizal Jazlan. Tidak mahu berputih mata lagi pasukan negara terus menambah jaringan menerusi Muhammad Razie pada minit ke 20 dan 27.

Tamat SEPARUH MASA MALAYSIA 4-0 CHINA.

Saya pasti kerisauan peminat adalah di masa kedua dimana pasukan negara sebelum ini telah membuat 2 kesilapan apabila tewas dengan jaringan besar di separuh masa kedua ketika menentang argentina dan menentang england.

Ini ditambah lagi apabila CHINA berjaya membuka peluang mereka apabila berjaya memasukkan satu gol pada minit ke 43.

Tetapi skuad negara mula reda apabila jaringan dilakukan oleh Fitri Saari pada minit ke 51. Selepas itu tiada lagi gol yang dicatatkan oleh kedua-dua pasukan.

Ini bermakna pasukan malaysia berjaya ke pusingan berikutnya apabila menduduki tempat ke 3 dalam kumpulan dan seterusnya membuka peluang untuk layak ke piala dunia hoki.

Apa-apapun untuk memastikan malaysia ke piala dunia malaysia harus bersaing untuk mendapatkan tempat yang terbaik pada liga hoki kali ini.

Selepas ini malaysia akan menentang INDIA di SUKU AKHIR . Ayuh sama-sama kita saksikan dan memberi sokongan kepada pasukan negara kita.

2 COMMENTS

  1. syabas buat pasukan malaysia menewaskan pasukan china… hoki nih memang power, cuba bab time bola tuh , no komen .. baru nak up sekarang nih…all the best buat pasukan speedy tiger..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge