Keputusan penuh hoki Malaysia Vs England 2017

0
628
views

Keputusan penuh hoki Malaysia Vs England 2017 :  Tamat sudah perlawanan kedua untuk skuad negara dalam liga hoki dunia pusingan separuh akhir menentang pasukan england sebentar tadi.

Sekali lagi pasukan negara tewas setelah tewas di tangan pasukan Argentina awal pagi tadi. Kali ini derita pasukan negara semakin dasyat apabila tewas di tangan England dengan KEPUTUSAN 7-3

[ Baca Jadual Dan Keputusan Semasa ] – Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Pusingan Separuh Akhir 2017

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA LAWAN ENGLAND

Gol padang yang dijaringkan oleh Barry Middleton di awal minit ke 5 sudah membuktikan bahawa pasukan hoki negara sedang menghadapi kesukaran dalam perlawanan malam ini. Skuad negara cuba bangkit selepas tersentak dengan gol awal tuan rumah tetapi malang sekali lagi buat skuad negara apabila tuan rumah sekali lagi menambah gol.

Kali ini Christopher Griffiths menjadi pencetak gol melalui gol padang pada minit ke 8 perlawanan. Tidak mudah berputus asa dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh pemain-pemain negara akhirnya membuahkan hasil apabila menjaringkan gol pada minit 19 perlawanan.

Gol pasukan negara dijaringkan oleh Faisal Saari melalui pukulan penalti.

Tidak puas hati dan tidak mahu berputih mata di separuh masa pertama skuad negara berjaya mengikat pasukan england dengan kedudukan ENGLAND 2 – MALAYSIA 2 di separuh masa pertama. Gol kedua dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin melalui gol padang mana minit ke 28.

Masuk sahaja masa kedua skrip semalam berulang kembali pasukan negara tidur agaknya apabila dengan mudah memberi gol kepada pasukan lawan. Gol ketiga england dijaringkan oleh Sam Ward pada minit ke 32 melalui pukulan penalti corner.

Berselang 2 minit pasukan negara sekali lagi dihukum kali ini melalui pemain yang menjaringkan gol pertama iaitu Barry Middleton pada minit ke 34 melalui gol padang.

Aksi longlai pertahanan sekali lagi dimanfaatkan melalui gol padang pada minit ke 39 melalui pemain Mark Gleghorne. Seterusnya derita pemain negara kita ditambah lagi melalui gol padang Sam Ward pada minit ke 51.

Mark Gleghorne menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke 54 sedangkan pemain negara semakin buntu dan seperti budak sekolah bermain hoki akhirnya berjaya menambah gol pada minit ke 57 melalui Faisal Saari.

Tamat perlawanan MALAYSIA 3-7 ENGLAND.

keputusan penuh hoki malaysia vs england
keputusan penuh hoki malaysia vs england

ULASAN PERLAWANAN HOKI MALAYSIA vs ENGLAND

Saya tadi tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ini, hanya sempat untuk mengikuti perkembangan melalui update semasa astro arena.

Tapi apa yang mampu saya katakan malaysia tidak boleh kata tidak untuk menang semua game akan datang untuk memastikan ada slot untuk pasukan negara ke perlawanan piala dunia hoki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge