Keputusan penuh Malaysia u23 vs Thailand u23

1
326
views

Keputusan penuh perlawanan bola sepak Malaysia u23 vs Thailand u23 : Sebentar tadi berakhirnya perlawanan KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2018 diantara pasukan Malaysia menentang Thailand.

Perlawanan ini berlangsung di Supachalasai National Stadium Bangkok Thailand. Berikut merupakan keputusan dan statistik perlawanan.

Keputusan penuh bola sepak Malaysia vs Thailand 2017

keputusan penuh Malaysia vs Thailand AFC bawah 23
keputusan penuh Malaysia vs Thailand AFC bawah 23 – Via Facebook

Keputusan penuh Malaysia tewas kepada Thailand dengan jaringan 3 berbalas 0. Gol Thailand muncul pada Minit ke 24 menerusi Chenrop Samphaodi. Diakhir babak pertama sekali lagi pemain sama menjaringkan gol didalam situasi yang agak kelam kabut dihadapan pintu gol Malaysia.

Separuh Masa MALAYSIA 0-2 THAILAND

Bersambung pada masa kedua, Thailand terus menguasai perlawanan. Namun beberapa percubaan Thailand berjaya dihalang oleh barisan pertahanan.

Dibahagian depan Malaysia nampak begitu lemah apabila Malaysia hanya mampu membuat beberapa percubaan yang langsung tidak mengancam pasukan lawan.

Diakhir-akhir perlawanan pada minit ke 86 pemain Picha U-Tra menjaringkan gol apabila satu hantaran yang mengelirukan barisan pertahanan dibuat oleh pemain sayap sebelum Picha menyumbat gol dengan begitu mudah.

Apa yang dapat saya rumuskan pada perlawanan malam ini, pasukan negara nampak takut berjumpa dengan pasukan gajah putih ini. Banyak hantaran melalut dibuat oleh semua pemain. Terlalu banyak menggunakan long ball yang langsung tidak memberi sebarang impak positif.

So taktikal malaysia sangat teruk, tengah dikuasai penuh oleh pemain thailand. Kalau ini berterusan nampaknya Piala Dunia bahkan Piala Asia sendiri tidak akan mampu kita jejak rebut apatah lagi untuk membawanya pulang ke negara.

Harap esok tiadalah komen yang mengatakan padang punca Malaysia tewas ! Kalau padang ok saya rasa Malaysia lebih teruk dibantai

Highlight Malaysia u23 vs Thailand u23

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge