Keputusan penuh Malaysia vs England Tempat 3 dan 4 Hoki 2017

0
217
views

Keputusan penuh Malaysia vs England Tempat 3 dan 4 Hoki 2017  : Tadi malam berlangsungnya perlawanan antara malaysia dan england dalam liga hoki dunia yang berlangsung di england bagi menentukan tempat ketiga dan keempat kejohanan.

Malaysia turun bagi memburu tempat ke 3 selepas kalah di separuh akhir menentang argentina 2-1 maka tempat ke 3 menjadi rebutan. Tetapi lawan kali ini tidak mudah kerana mereka merupakan tuan rumah jadi pasti mereka ingin memberikan yang terbaik.

Ok tapi yang aku nak ceritakan kat sini gol-gol dan penjaring sahaja perlawanan akhir ini. Aku juga sebenarnya tadi tidak layan hoki sebab aku pergi cyber cafe teman sahabat aku melayan dota 2.

Eh-eh, berbalik kepada keputusan perlawanan hoki semula.

Keputusan penuh tempat ke 3 dan ke 4 perlawanan liga hoki dunia

Malaysia tewas kepada tuan rumah dengan jaringan gol MALAYSIA 1-4 ENGLAND.

keputusan penuh hoki malaysia vs England tempat ke 3 dan ke 4
keputusan penuh hoki malaysia vs England tempat ke 3 dan ke 4

Di peringkat kumpulan untuk pengetahuan pembaca negara kita tewas kepada England dengan keputusan 7-3.  Jadi pada perlawanan ini nampak sedikit kurang gol yang dijaringkan oleh pasukan England berbanding di peringkat kumpulan.

Tidak mengapakan sebab perjuangan dan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan negara pada kejohanan ini sangat luar biasa. Mungkin mereka sudah letih dan mungkin juga mereka tidak kesah sebab sudah berikan yang terbaik sebelum ini.

Apa-apapun penjaga gawang gol skuad hoki negara S. Kumar dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan pada perlawanan ini. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Ayuh skuad hoki negara buktikan kekuatan anda pada kejohanan hoki sukan sea dan juga akan datang kejohanan hoki piala dunia.

Tunjukkan kepada seluruh dunia yang malaysia bukan calang-calang negara. Ayuh bangkit dan laungkan semangat juang yang tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge