Keputusan penuh final Sukan sea Malaysia vs Thailand 2017

2
38
views

Keputusan penuh final Sukan sea Malaysia vs Thailand 2017 : Tamat sudah perlawanan akhir Malaysia vs Thailand yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Pelbagai cerita dan drama telah berlaku sebelum perlawanan akhir dilangsungkan. Dari kes membabitkan tiket dijual habis dalam waktu beberapa jam sahaja sehinggalah cerita  mengenai ultras malaya merajuk.

Namun apa-apapun yang berlaku sudah pasti sebagai seorang penyokong bola sepak kita mestilah berikan sokongan kepada pemain-pemain dengan penuh harapan agar membawa ibu segala pingat ini menjadi salah satu penyumbang emas !

Keputusan penuh Malaysia vs Thailand Sukan sea

Keputusan perlawanan akhir bola sepak Malaysia vs Thailand

Hasrat Malaysia untuk membawa Ibu segala pingat ini tampaknya lebur di tangan Thailand dengan jaringan 1-0.

Keputusan : Malaysia 0-1 Thailand

Bermain di dalam keadaan padang yang sedikit basah membuatkan pasukan negara nampak kurang meyakinkan dengan hantaran yang banyak mengarut dan melalut !

Pada minit ke 26 pasukan lawan hampir menjaringkan gol daripada sepakan sudut namun berjaya ditepis oleh penjaga gol negara Haziq Nadzli.

Kekurangan dijentera hadapan menyebabkan Malaysia selalu diserang balas ( counter attack ) sehingga menyebabkan banyak sepakan sudut diberikan kepada pihak lawan.

Sehinggalah pada sepakan sudut ke-5 pasukan Thailand berjaya menjaringkan gol apabila penjaga gol yang bertindak baik sebelum itu membuat sedikit kesilapan dengan menumbuk masuk bola ke gawang sendiri.

VIDEO GOL PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA

Terhasillah satu jaringan sendiri pada minit ke -39.

Gol 1-0 ini dibawa sehingga waktu rehat ! Pada waktu kedua Malaysia nampaknya memperkemaskan permainan. Namun nampaknya diawal masa kedua pemain-pemain negara nampak sedikit koyak ( mudah marah ).

Sehingga pemain terbaik bagi saya pada edisi ini ( Safawi Rashid ) menerima kad kuning disebabkan ingin membalas tacle pihak lawan. Selepas itu dia dibawa keluar oleh Ong Kim Swee !

Kemasukkan Syafiq Ahmad nampaknya seperti membawa sinar baru kepada pasukan negara. Namun semuanya musnah apabila dia peledak yang sempurna selain daripada pemain yang banyak memegang bola dengan menunjukkan skill individu yang tidak seberapa.

Apa-pun tahniahlah Malaysia sebab berjaya ke Final.

Harap pasukan ini dapat memperkemaskan lagi corak pemainan dan kalau boleh beranilah main bola dekat. Jangan dok main bola hantaran jauh, anda bukan pemain-pemain jerman yang mempunyai first touch yang baik selain daripada hantaran yang tepat !

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge