Keputusan penuh Piala Malaysia 2017 Terengganu vs Johor DT

0
66
views

Keputusan penuh Piala Malaysia 2017 Terengganu vs Johor DT :  Sebentar telah berakhirnya perlawanan Piala Malaysia 2017 peringkat kumpulan diantara Terengganu vs Johor Darul Takzim.

Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata setelah tamat berlawanan TERENGGANU 0-0 JDT

PERLAWANAN PIALA MALAYSIA TERENGGANU vs JDT

Kedua-dua pasukan pada awal perlawanan nampaknya menunjukkan aksi berhati-hati. Percubaan pertama dilakukan oleh Pasukan tuan Rumah ( Terengganu ) pada minit ke-10 menerusi pemain Azi Shahril.

Keputusan penuh piala malaysia 2017 Terengganu vs JDT
Keputusan penuh piala malaysia 2017 Terengganu vs JDT

Perlawanan sedikit hambar apabila percubaan kedua muncul pada minit ke-26. Rembatan leret oleh pemain Import dari Ivory Coast gagal menepati sasaran gol.

Tapi tidak peliklah sebab pada perlawanan malam ini JDT tidak menurunkan kesebelasan utama mereka kerana semua pemain Import mereka direhatkan. * Walaupun berhasrat ingin membawa pulang kembali Piala Malaysia ke negeri Johor *

Namun begitu itu bukan menjadi penghalang untuk pemain-pemain JDT untuk membuat percubaan menarik apabila pemain “berstyle” JDT Nazmi Faiz membuat percubaan dan terkena tiang.

Sebelum percubaan Azamuddin Akil diselamatkan oleh penjaga gol.

Sekali lagi tiang menjadi penghalang, kali ini untuk pemain Terengganu iaitu Tchetche membuat rembatan pada minit ke-41.

Serangan demi serangan dibuat oleh kedua-dua pasukan namun sayang tidak satu pun menepati gol. Oleh itu tamat perlawanan Terengganu 0-0 JDT.

Keputusan lain adalah seperti berikut :

Uitm tewas kepada kedah dengan jaringan yang cukup banyak iaitu kedah 5 – 0 Uitm. Sementara itu pahang terpaksa nampaknya berpuas hati dengan 1 mata apabila diikat PKNP FC di laman lawan. Juga terpaksa berpuas hati dengan satu mata adalah pasukan Negeri Sembilan dan T-Team apabila kedua-dua pasukan terikat dengan gol 3-3.

Kuala lumpur juga menjadi pasukan belasahan, apabila tewas di tangan pasukan perak dengan keputusan 3-0.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge