Keputusan penuh Suku Akhir Hoki 2017 Malaysia Vs India

0
684
views

Keputusan penuh Suku Akhir Hoki 2017 Malaysia Vs India :  Selepas melayakkan diri ke pusingan suku akhir hari ini malaysia akan menentang pasukan india bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Pasukan negara bangkit setelah pelbagai kritikan dilemparkan kepada mereka setelah tewas dalam 2 perlawanan awal. Selepas itu aksi pasukan hoki negara semakin konsisten selepas berjaya dengan pasukan korea seterusnya china.

KEPUTUSAN HOKI MALAYSIA VS INDIA

Kini berhadapan antara gergasi hoki dunia pasukan india, MALAYSIA mendahului INDIA dengan jaringan penalti corner yang disempurnakan oleh pakar pukulan sudut negara Razie Rahim pada minit ke 19.

Tidak sampai 1 minit sekali lagi aksi pasukan negara membuat kem negara bersorak gembira apabila PC ( Penalty corner ) disempurnakan oleh Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke 20.

Nampaknya pasukan india tidak mudah mengalah dan tidak mudah ditundukkan apabila mereka membuat dua jaringan gol 24 menerusi Ramandeep Singh, gol padang yang dijaringkan oleh Ramandeep seperti memberi beliau semangat yang tinggi apabila sekali lagi menambah gol pada minit ke 24 menerusi gol pukulan sudut.

Tamat perlawan 2 suku akhir pertama dengan keputusan SEPARUH MASA PERTAMA MALAYSIA 2 – 2 INDIA

Pasukan negara nampak mengurangkan momentum serangan setelah berjaya mendapat 2 gol, ini punca pasukan negara terpaksa menerima hakikat untuk dibolosi dengan pasukan lawan 2 gol.

Tidak tunggu lama setelah masa kedua bermula skuad hoki negara berjaya membuat gol awal pada minit ke 48 menerusi pemain sama Razie Rahim juga gol yang sama menerusi PC.

Yes tidak ada yang mampu dilakukan oleh kedua-dua pasukan setelah gol yang dijaringkan oleh Razie Rahim. Tamat perlawanan MALAYSIA 3-2 INDIA.

keputusan penuh hoki Malaysia Vs India
keputusan penuh hoki Malaysia Vs India

Alhamdulillah Malaysia layak ke pusingan separuh akhir, kelihatan air mata kegembiraan di riak wajah kapten pasukan hoki kita. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain-pemain hoki negara.

Anda membuatkan seluruh rakyat malaysia bangga dengan anda. Erti tidak mengalah dan erti berputus asa tidak anda tunjukkan. Dan saya juga sebagai penkritik tidak rasmi juga turut berasa bangga dan saya juga cuba melupakan berlawanan hambar sebelum ini.

Apa-apapun selamat berjaya pasukan hoki negara untuk ke pusingan SEPARUH AKHIR HERO HOCKEY WORLD LEAGUE 2017.

Lain-lain keputusan suku akhir  :

  • Korea 6-3 Scotland
  • Argentina 3-1 Pakistan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge