Kisah benar ajaibnya kuasa sedekah

0
219
views

Bismillah , dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Kali ni aku nak kongsi sedikit pengalaman yang ajaib ( agaknya ) berlaku pada diri aku ketika hujung sem 3 ni .

Yeah pengalaman aku berkaitan dengan sedekah . Sebagaimana kita tahu sedekah merupakan satu amalan yang super duper hebat . Apa tidaknya dengan sedekah ia merupakan salah satu amalan yang berterusan memberi kita manfaat ketika mati nanti.

Itu kata nabi , takkan kita tak percaya kan ?

So nak jadikan cerita aku hujung-hujung sem duit nak habis da . Ptptn da lama habis yang tinggal duit belanja dari keluaga ^_^ . Perh member pulak nak guna duit RM250 nak buat modal ke melaka . Duit dalam bank ada 500 je kalau kasi tinggal 250 , kalau tak kasi sian ke dia pulak so bagi jela pinjam 250 .

Hmmm 3 minggu 250 sikit sangat dan kena 100% berjimat kalau tidak mati aku . So apa kena mengena dengan cerita kisah benar ajaibnya kuasa sedekah ? Disinilah bermulanya kisah …… jeng3

Aku ni sejenis manusia yang mana aku cakap nak jimat memang tidak la aku jimat , aku jenis makan banyak jugak ( membazir betul ):( so nak jadikan cerita setiap kali habis duit kat wallet aku keluar duit kat atm dan jenis tak cek balance duit yang ada .

Keluar punya keluar duit kat bank 50 50 50 50 50 50 entah la berapa kali aku keluar sekali aku cek dalam tu tinggal rm 30 lebih . waaahhhh ada seminggu lebih ni mana nak celuk duit …… Aku bukan jenis mintak kat keluarga sebab tahu jugak kang mintak selalu takut diaorang pulak tak makan . Biar jelah tawakal jelah .

… Sebelum ke bank aku solat magrib di masjid , berbekalkan RM2 untuk ke tabung masjid sebelum ke bank . Ingat dalam bank ada la dalam 100 xD jenis aku bukan catat duit dan tak kira duit mana pergi andai kata ada rm48 dalam wallet orang ambik 20 serius cakap aku takkan pernah perasan yang duit tu da hilang rm20 …

Ha berbalik semula ke masjid , aku letaklah dalam tabung RM2 . Dan pergi ke bank nak keluarkan duit sebab nak makan malam tu . Fuhhh terperanjat aku nengok duit kata tak cukup untuk keluarkan jumlah rm50 dan cek duit ada rm30 lebih . So aku dengan hati yang sayu keluarkan rm30 dan tinggal la bape hinggit dalam tu .

Arhhhhh mana nak cekau duit ni , da la bapak aku tak telpon-telpon tanya duit ada ke tak hmmmm . Ha baru ingat yang member aku tu ada pinjam apa lagi aku whatsapp dia untuk mintak bank in kan duit kalau ada . Dia cakap ada 50 je takpe la kalau gitu 50 pon 50 la .

Dia nak bank inkan ke aku rm50 soh bagi no akaun bank islam . Tak pernah pulak aku urusan bank in membank in guna bank islam . Sebab bagi aku bank islam aku untuk ptptn and urusan rasmi je 😛 acacah ….

Ni ha bukti dermasiswa masuk ALhamdulillah
Ni ha bukti dermasiswa masuk ALhamdulillah

Fuhhh ketika aku nak ambik no akaun bank islam aku login masuk ke bank islam online sebab kat aku tak ada no akaun . Terkejut aku ada duit dalam tu RM1200 lebih . Perhhh bersyukur tak sudah aku rupanya duit dermasiswa masuk . Alhamdulillah mungkin ini antara rezeki dari Allah  . Aku kasi ke member aku tu no akaun bank islam dan aku tak kesah da duit rm50 ke dia tu 😛 sebab duit makan da ada … Terima kasih ya Allah terima kasih MUIP 

Kedua 

Ni situasi kedua aku pulak , hal yang sama yang mana aku kalau nak keluar duit mesti pergi masjid dahulu untuk solat magrib dan isyak then baru ke bank untuk keluar duit .

Ya sebelum mendirikan solat sudah semesti aku akan taruk sekurang-kurangnya RM0.20 sen dalam tabung masjid andai tiada langsung duit . Tapi kali ini aku tengok dalam wallet ada RM3 hinggit lebih aku letak la rm3 sebab ada duit dermasiswa kan 😛

Tapi ……

Kali ni duit ada tapi ATM pulak tak ada ( kehabisan tunai ) . ~ Naye jugak duit dalam aku nye wallet ada bape posen je  .

Arrrrrrrrhhhhh ape nak buat ~ Tetiba whatsapp masuk yang mana member nak guna duit ( transfer online ) dia kasi cash . Alhamdulillah sekali lagi bantuan dari Allah .

Bantuan dari Allah
Bantuan dari Allah

Itulah sedikit kuasa dan keajaiban dari sedekah yang dapat aku kongsikan secara realiti , semoga Allah memberi banyak lagi kebaikan akan datang ..

Dan aku menyeru kepada semua sahabat bersedekahlah walaupun 10 sen . Letak je ke tabung masjid tu semoga ianya menjadi satu amal jariah yang berterusan .. Mana tahu orang masjid beli kipas ke aircond ke carpet ke ape-2 jela duit kita termasuk dalam share pembelian perhhh insha Allah menjadi berterusan amalan kita insha Allah …..

Ini hanya perkongsian dan pengalaman yang dapat saya rasakan belum lagi pengalaman orang lain dengan sedekah entahlah benarlah sedekah ini mempunyai bermacam-macam kelebihan .. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang suka memberi dan bersedekah Amin .. #Amalkan20senketabungmasjid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge