Lain buku dicari lain pula buku dibeli

2
29
views

Lain buku dicari lain pula buku dibeli : Memandangkan final exam tinggal beberapa minggu lagi aku mengambil keputusan untuk keluar rumah sebentar mencari beberapa buah buku rujukan untuk mempercepatkan lagi aku punya assignment yang tertangguh.

Rosak betul aku sem ini banyak assignment aku selalu postponed ( eh ? actually every sem like this you know hahaha ).

Hmm tapi sebelum-sebelum ni tak adalah sampai nak pergi kedai nak beli buku. Selama ni cuma guna rujukan dari buku-buku yang ada di library tapi berbeza dengan sem ni. Dia punya assignment lain macam beb.

Tajuk simple tapi nak cari isi sumpah payah. Korang ada idea tak macam mana aku nak settlekan 2 ni ?

  • Pedofilia
  • Onani 

Nampak tak tajuk dia ringkas je kan hahaha. Tapi dia nak lebih kurang 15 muka surat nampak sikit tapi bukan biasa-biasa beb. Dia nak dalam tu pandangan ulama apa semua padahal pedofilia tu perkara baru payah gila nak cari pandangan 4 mazhab.

Rasa nak nangis sekarang ni . . .

lain buku dicari lain buku dibeli
buku

Sekarang kita balik semula ke topik asal kita lain buku dicari lain pula dibeli.

Tadi aku punya target untuk beli buku selain 2tajuk diatas aku nak beli buku inspirasi sebenarnya. Untuk jadikan modal dalam blog tapi satu buku inspirasi pun tak nampak kelibat tadi ( padahal banyak cuma mata aku je tak nak tengok ke situ hehehe )

Aku singgah sekejap di ruangan agama untuk mencari buku-buku yang boleh dijadikan modal untuk aku menulis nanti.

Sambil-sambil mencari buku yang sebenarnya tak tentu juga tajuk apa-apa sebab tak ada preparation untuk membeli just pergi dan cari buku apa sahaja yang berkenan di dalam hati. Walaupun ada juga target nak cari buku rujukan untuk pentadbiran harta orang islam .

Hmm susah betul nak cari buku rupanya. Ini pertama kali aku membuat percubaan untuk membeli buku tanpa tangkap muat. Selama ni beli buku main ambik je kalau nampak macam best.

Nak jadikan cerita percubaan aku gagal lagi !

Mungkin aku tidak ditakdirkan dengan buku-buku yang aku nak. Aku dijodohkan dengan buku-buku sebagai knowledge sampingan je kot hari ni :'(.

Jadi selama 3 jam aku berada di 2 kedai buku berbeza aku berjaya membawa pulang 3 buku yang langsung tidak ada kena mengena dengan aku punya final exam hahaha.

First aku beli buku Kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Buku ni ada juga manfaat nanti sebab hujung tahun ni aku akan ambil muet paper november. Doa kan jelah aku berjaya nanti. So kena prepare awal juga untuk muet ni sebab aku punya english boleh tahan hancus.

Kedua aku beli buku Syiah Komplot tawan dunia hasil karya Syeikh Abu Muhammad Musanna. Nampak macam menarik buku ini. Insha Allah aku akan kongsikan pada artikel akan datang tentang subtopik-subtopik yang menarik dalam blog ni ( so stay tuned ok ^_^ ).

Dan buku terakhir yang aku beli ialah Membongkar Misteri Dajjal. Ini nampak menarik juga, sebab kita pun dah dekat dengan kiamat kena tahu juga ape itu dajjal. Fitnah dia macam mana. Yang ini pun aku akan tulis nanti. Korang just selalu follow aku punya blog je.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge