Layan drama hero seorang cinderella

2
173
views

Layan drama hero seorang cinderella  : Akhirnya aku berjaya menamatkan keseluruhan episod drama hero seorang cinderella dengan jayanya selama 3 hari berturut-turut. Keseluruhan episod drama ini adalah sebanyak 21 episod ( setakat ini ) dalam durasi rata-ratanya 40minit.

Daripada maklumat yang aku google tadi, drama ini sebenarnya ditayangkan di astro ria pada setiap hari isnin sehingga hari khamis pada jam 10 malam. Tapi macam biasa lah sebagai seorang student alternatif nak layan movie or drama adalah dengan memuat turun atau download.

drama hero seorang cinderella
drama hero seorang cinderella

Sebenarnya aku terjumpa drama kat facebook sebelum aku download semua episod dia, itupun sebab ada Fazura berlakon. Hehehe, minat lah tengok muka Fazura Melting gitu hmmm.

[ Baca Juga ] – Ciri-ciri wanita idaman

Baiklah berbalik semula kepada topik drama hero seorang cinderella, drama ini dibuat oleh pengarah yang berbisa juga dalam drama cintan cintun ini tidak lain tidak bukan Micheal Ang. Aku pun tak tahu kenapa banyak diantara drama dia meletup, contohnya Suri Hati Mr.Pilot.

Nak kaitkan dengan hero seorang cinderella hero dalam drama ini yang digunakan oleh Micheal masih orang sama dengan Suri hati mr pilot iaitu Fattah Amin ( mesti korang dah terpikir dengan KAYU PALING POPULAR kan ? ). Aish korang jangan macam tu. . .

Fattah amin dikatakan kayu paling popular
Fattah amin dikatakan kayu paling popular ??

Sudah-sudah !

Jadi sekarang apa lagi aku akan membuat sedikit review tentang cerita ini. Kalau korang belum layan drama ini bolehlah layan lepas ni dan betul tak apa yang aku review ni.

REVIEW DRAMA HERO SEORANG CINDERELLA

Sebelum aku bercerita tentang jalan cerita drama ini lebih baik kita kenal dahulu dengan BARISAN PELAKON DRAMA HERO SEORANG CINDERELLA dan bagaimana watak yang diaorang bawa.

Hero dia tidak lain tidak bukan Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam dan Heroinnya pula Nur Fazura membawa watak Nura Medina. Daripada pakej rupa memang dua-dua sangat serasi untuk jadi watak yang diaorang bawa.

Just dalam drama ini bagi aku fattah amin still low dalam lontaran dialog tak nampak begitu sempoi nampak sangat terskrip-skripian tu 😛 hahaha. Fazura pula macam ada malu-malu dibeberapa scene drama.

Tapi secara keseluruhan bagi aku diaorang memang gempaklah bawa watak tersebut sebab menjadi, sweet-sweet tu memang betul-betul jadi.

Watak antagonis dalam cerita pula dibawa oleh Zizie Izette dan Uqasha, Watak cik mawar yang dibawa oleh Zizie menjadi cuma entahlah aku kurang suka lakonan begitu sebab terlalu over, mungkin sebab aku bukan orang seni atau sesiapa.

Manakala watak yang dibawa oleh Uqasha iaitu Putri pun bolehlah, dia sebenarnya tak sesuai untuk watak jahat tapi bab mengedik semua tu jadi. Tapi disebabkan aku seorang yang tidak suka kepada benda-benda gedik ni so aku pun katakan aku kurang suka lakonan tersebut.

Seterusnya jalan cerita, dari keseluruhan aku tengok drama ni walaupun aku bukan kaki drama aku sangat tertarik dengan susunan jalan cerita. Drama ini bagi aku unik juga sebab dia kahwin awal tak banyak konflik suami isteri, itu yang menarik sebenarnya.

Sikap kematangan yang ditunjukkan oleh suami dalam drama ini sebenarnya boleh dijadikan contoh kepada semua lelaki yang sudah berstatus suami.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge