Lebih baik diam daripada melawan

0
55
views

Lebih baik diam daripada melawan : Alhamdulillah selamat sampai ke rumah setelah mengharungi 2 jam perjalanan pulang daripada kampus. Sampai sahaja rumah aku bersalaman dengan semua ahli keluarga yang ada lantas berborak sekejap dan terus masuk bilik.

Sambil termenung melihat sinaran lampu kalimantang ( bukan lampu minyak tanah ye ) aku terbayang suasana kampus sekejap, suasana kawan-kawan yang tidak habis-habis berdebat sesama sendiri yang tidak habis-habis mengutuk sesama sendiri dan bermacam-macam lagi.

Jadi aku pun terpikir akan diri yang serba hina ini, diri yang serba tidak sempurna ini. Aku tersenyum sambil mengingati apa yang kawan-kawan hembuskan pada diri ini.

Akupun tersenyum sambil mengingati kata-kata yang kadang-kadang membuat hati ini tersentap. Walaupun begitu sebenarnya jauh dilubuk hati ini aku redha dan jadikan setiap kata-kata hina yang dilemparkan itu sebagai satu kata-kata yang berinspirasi.

Antara sahabat yang aku ada di temerloh
Antara sahabat yang aku ada di temerloh

Kata-kata itu ku jadikan sebagai motivasi kepada aku untuk terus sedar akan kekurangan diri ini. Kata-kata yang menjadikan aku untuk terus cuba berubah.

Begitu juga dengan berdebat mengenai sesuatu perkara, andai aku menjadi mangsa debat aku akan melawan dan terus melawan selagi perkara itu selari dalam pemikiran aku. Andai kata si dia tidak mahu mengalah aku sahaja akan mengalah dan terdiam sipu kerana aku tahu dia orang hebat dia hebat untuk memutar belit lebih baik diam dari terus bertikam lidah.

Yes benar kami kadang-kadang di kampus akan berdebat bermacam-macam perkara ( walaupun benda tu kadang-kadang kecil ). Actually bukan debat sangat sebenarnya melainkan bertikam lidah.

make yourself proud
Diam! dan terus cuba buat kau bangga dengan diri kau sendiri

Tapi itulah dalam hidup ini kita kadang-kadang memerlukan kata-kata motivasi daripada orang diluar sana. Aku ni bukanlah orang pandai, bodoh sahaja banyak benda aku tak tahu jadi bila ada kawan-kawan yang merasa diri dia bagus apa yang aku mampu hanyalah berdiam diri.

Kerana aku selalu jadikan kata-kata seperti berikut sebagai motivasi untuk diri aku yang tidak sempurna ini .

Jika tidak tahu lebih baik diam, Tetapi ingat memilih diam itu bukan beerti kita tidak mengetahui

Bagi aku bertikam lidah dengan sesiapapun kalau kita tahu sekalipun dan kita sudah cuba untuk menjelaskannya tetapi si dia tidak mahu untuk menerima apa yang kita cakap pilihlah untuk berdiam kerana itu lebih baik.

Bak kata imam syafi’i aku mampu berdebat dengan 10 orang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seseorang yang jahil, kerana orang jahil itu tidak tahu landasan ilmu.

Dan kata-kata itu aku akui kerana orang yang bodoh sombong biasanya bertikam lidah ( atau lebih baik gunakan berkataan ” Berdebat ” ) untuk menang atau dia nampak gah berbanding orang yang berilmu yang inginkan penjelasan atau kebenaran akan sesuatu perkara itu.

Wow aku menulis sebenarnya tidak ikut poin, tapi lantaklah sebab aku nak masukkan artikel ini dalam kategori diari aku !

Macam itu juga kalau aku dihina lebih baik aku diam diri, buat ape melawan. Kalau melawan hati aku juga yang panas dan mendidih seterusnya boleh menyebabkan pergaduhan. Kalau diam hati mendidihpun tetap boleh senyum.

Kalau lawan mesti conversation itu akan menjadi panjang, kalau bersiap berdiam diri conversation tadi akan pendek sebab si dia pasti tidak akan balas hinaan dan terus membalas. So diamkan je la diri and macam aku cakap di atas itu anggap sajelah kata-kata itu sebarang inspiration.

Dan akhirul kalam aku tulis artikel ini tidak berniat untuk menuju ke arah mana-mana kawan atau sahabat sebab kita semua berkawan dan bersahabat. Dan aku dengan lafaz Wa Allahi aku akan memaafkan setiap benda yang orang buat salah dengan aku 🙂

Harap semua sahabat juga begitu, Hahaha. Terus diam dan terus buat kau bangga dengan diri kau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge