Leher terjerut tali di atas pokok kelapa

0
181
views

Leher terjerut tali di atas pokok kelapa : Wow hari ini trending atau viral dengan video seorang pemuda yang lehernya terjerut dengan tali di atas pokok kelapa ! Tapi itulah bak kata orang berpantang ajal sebelum maut.

VIDEO LELAKI TERJERUT TADI DI ATAS POKOK KELAPA


Saya bila tengok video ni seram sejuk jugak sebenarnya bila dibayangkan kalau saya berada di tempat lelaki tersebut. Kalau anda bagaimana tak rasa seram sejuk ke?

Daripada maklumat yang saya dapat daripada membaca beberapa blog termasuk metro tadi mangsa dikenali sebagai Mohd Zulhisyam Zulkifli, berumur 23 tahun. Berasal dari kampung Kobah, Kota sarang semut, Pendang.

Alhamdulillah dia selamat, kalau korang tengok video yang aku sediakan kat atas mangsa pada mulanya tidak dibawa ke hospital atau klinik tetapi selepas daripada video tersebut katanya dia pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran.

Selepas itu dia telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah disebabkan kecederaan yang ada pada lehernya.

Ok berbalik cerita macam mana dia boleh tergantung atas pokok kelapa tersebut? Sebenarnya dia dikatakan sedang mengambil buah kelapa. Apabila dia ingin bawa turun buat tersebut tadi yang melilit tandan kelapa tadi melilit lehernya.

Dia tergantung di atas pokok kelapa itu selama lebih kurang 4 minit . Allahu lama tu ! Tapi itulah nyawanya masih panjang apabila penduduk kampung sempat menyelamatkannya.

Tapi itulah apa yang menyedihkan ada pula rakyat malaysia yang tidak habis-habis menyebarkan cerita palsu kononnya pemuda tersebut cuba bunuh diri dengan gantung diri atas pokok kelapa. 

Dalam bulan puasa pun ada jugak yang memfitnah katanya dia cuba mencuri buah kelapa. Macam-macam cerita rekaan yang ada kalau korang baca kat facebook twitter tadi.

Berita penuh – Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge