Macam mana nak pro main csgo ?

0
69
views

Hello guys, sekarang ni aku nak tulis cara macam mana nak pro main cs go. Sebelum ini aku ada tulis cara nak pro main dota 2.

CARA NAK PRO MAIN DOTA 2 : http://khairulcushion.com/macam-mana-nak-pro-main-dota-2/

Kalau nak pro main cs go pulak macam mana? Susah ke senang nak jadi pro dalam cs go? Jawapan dia semua ada pada diri korang. Sekarang aku nak merungkai satu per satu cara untuk korang jadi pro. Yang penting korang kena rajin sahaja untuk pro dalam sesebuah game tu.

1) NAK PRO CSGO : KENA TAHU MAP DULU 

Pertama sekali kalau korang nak jadi pro dalam main cs go korang kena tahu dulu setiap penjuru map. Contohnya korang nak main dekat mirage korang tahu macam mana nak pergi ke tempat plant boom dengan cepat.

MAPS IN CSGO
MAP CSGO

Korang kena tahu dekat mana nak plant boom, korang kena tahu macam mana nak menyorok bila korang jadi polis.

Macam mana nak tahu map semua tu korang kena tengok dekat youtube. Search je csgo macam-macam keluar carilah video yang paling sesuai untuk belajar sesuatu map. Contoh keyword yang korang boleh guna ialah ” HOW TO HIDE IN ( map apa yang korang nak ) in Cs Go.

2) KENA AMALKAN FOOTSTEP CONCEPT

Yang ini selalu nya newbie akan buat silap dalam main cs go. Diaorang jarang untuk jaga footstep. Footstep ni benda apa? Footstep ini ialah bunyi tapak kaki korang bila berlari kat dalam csgo.

Korang akan dengan bunyi tapak kaki jadi untuk bagi musuh korang tak dengan tapak kaki korang kena berjalan. Tapak kaki akan didengari oleh musuh yang pakai earphone amat jelas. Diaorang akan tahu kedudukan korang.

Jadi untuk jaga footstep korang kalau dah nak sampai kat sesuatu tempat yang korang rasa ada musuh tekan ( SHIFT + W ) dia akan auto jalan slow-slow jadi footstep tidak akan didengari oleh musuh.

3) SELALULAH BERLATIH 

Kalau nak jadi pro nak atau tidak korang kena selalu berlatih di map-map yang ada di csgo. Jangan terus masuk competitive. Korang boleh berlatih di deathmatch di casual untuk tingkatkan korang punya skill menembak.

Ini tidak korang baru sahaja pandai menembak terus masuk competitive. Baru sahaja pandai pakai Mp4 nak lawan semua orang kat competitive memang feederlah korang alamatnya.

Oleh itu aku secara rendah hati meminta korang semua untuk selalu berlatih dahulu supaya tak jadi lauk dan yang mana akan menyebabkan team mate korang deranking. Biasakan guna senjata berbeza setiap kali main

Bak kata orang putih ” Practice make perfect” jadi berlatihlah selalu untuk jadi pro di map-map berbeza.

4) SELALU BAWAK BOOM KIT

Ini juga salah satu benda yang membezakan anda pro dan anda noob iaitu boom kit. Kalau nak main kat competitive korang kenalah selalu beli boom kit untuk jimatkan lagi masa defusing boom korang.

Dan korang kena peka bunyi boom untuk tentukan sama ada korang sempat atau tidak defuse boom tersebut. Kalau rasa tak sempat untuk defus korang lari untuk selamatkan senjata korang taklah membazir nanti bila pusingan seterusnya.

Boom kit sangat membantu korang untuk jimatkan masa defuse boom sebanyak 5 saat. 5 saat itu sangat berharga. Jadi untuk menjadi seorang yang pro dalam cs go korang kena amalkan membawa boom kit setiap kali korang pergi berperang.

5) SELALU LAYAN LIVE RANK TINGGI MAIN

Kalau korang nak jadi pro korang kena tengok cara pro main. Selalunya rank tinggi main diaorang akan ada live. Jadi korang layan cara diaorang main untuk tingkatkan lagi skill korang contoh yang boleh aku kasi kat korang ialah cara bila diaorang nak paling boom dan sebagainya.

Bagaimana cara tengok live di csgo
cara tengok live di csgo

Macam mana nak tengok live diaorang ? Untuk tengok live korang boleh tengok kat menu cs go korang kat atas tu dia ada tulis Watch dan korang tekan situ dan pergi ke live. Biasanya banyak game yang ada kat situ.

6) BELI MOUSE / MOUSEPAD 

Kalau nak jadi pro main csgo korang kena ada aksesori laptop atau komputer yang sedap. Beli barang razer sebab dia juga mempengaruhi korang punya skill sebab kadang-kadang korang nak klik tembak tapi musuh korang yang pakai mouse sedap lagi laju tembak korang.

Pakai earphone mahal pun sedap sebab korang akan dengan lagi jelas footstep musuh korang. Jadi kalau korang berduit untuk jadi pro mouse keyboard semua tu mempengaruhi juga korang punya skill.

7) INTERNET KENA LAJU 

Dan kalau korang da ada semua benda kat atas tapi korang punya internet ciput tak guna juga. Untuk jadi pro main csgo korang kena ada internet yang laju supaya ping csgo korang rendah. 

8) SETTING AIM IKUT KESESUAIAN

Pastu nak jadi pro juga aim setting korang kena bersesuaian juga. Korang boleh subcribe kat workshop csgo untuk dapatkan cara setting aim. Tengok kat youtube macam mana nak setting aimcross korang.

Dan pastikan juga korang punya setting sensitivity mouse korang bersesuaian jangan terlalu berat dan jangan teralu ringan.

KESIMPULAN 

Nak jadi pro csgo korang kena selalu practice dan layan youtube untuk setting csgo. Console semua tu korang nak tahu cara setting tengok dalam youtube. Yang penting korang rajin.

Jangan kerja nak main hack sahaja. Tunjukkan skill korang yang sebenar. Aku ada tulis berkaitan dengan bahaya main hack dalam csgo. Baca itu kalau tidak korang akan menyesal sebab main hack dalam csgo

BAHAYA MAIN HACK CSGO : http://khairulcushion.com/tahukah-anda-bahaya-main-hack-di-csgo/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge