Macam mana nak pro main dota 2 ?

2
126
views

Kalau korang pemain dota 2 rasa nak jadi pro dalam dota 2 jom baca sikit aku punya artikel kali ini. Iaitu cara nak jadi pro dalam dota 2.

Pertama sekali aku nak cakap aku bukanlah pemain professional atau apa cuma pemain dota 2 cap kampung sahaja, tapi aku kongsi artikel ini berdasarkan apa yang aku dapat selalu aku mencari cara untuk tinggatkan cara pemainan aku dalam dota 2.

BAGAIMANA CARA JADI PRO MAIN DOTA 2
CARA JADI PRO MAIN DOTA 2

BIASAKAN TANGAN DENGAN KEYBOARD

Benda pertama sekali korang kena buat dan tahu ialah korang kena biasakan tangan korang dengan keyboard. Pastikan korang da hafal setiap huruf yang ada pada keyboard. Jangan korang asal nak menulis pun kena tengok huruf dulu kat keyboard. Kalau yang jenis macam itu biasanya tangan diaorang masih lagi lambat. So kena selalulah main dengan keyboard.

Sebab apa aku cakap macam itu? Sebabnya satu kalau nak main dota 2 korang kena laju untuk buat skill and guna item macam blink, black king bar dan lain-lain. Jadi tidaklah time korang main tu baru sibuk tengok keyboard memang pasti korang mati dulu sebelum sempat buat skill.

KENA TAHU SETIAP HERO APA DIA PUNYA FUNGSI

Seterusnya korang mestilah kena tahu setiap hero itu fungsi, contoh macam hero Phantom Assasin fungsi dia untuk membunuh (carry) jangan korang beli banyak item support, nak jadikan support pun boleh tapi ikut suasana kalau rasa anda masih newbie lebih baik main hero Support.

Macam mana nak tahu hero tu support ke hero tu carry atau hero tu tank? Yang ni korang boleh rujuk pada skill hero/youtube dan lain-lain lagi.

KENA TAHU FUNGSI SETIAP BARANG 

Benda paling penting korang kena tahu ialah fungsi setiap barang itu apa. Dan korang kena tahu macam mana nak counter setiap hero lawan.

Ok aku bagi korang satu contoh, macam hero yang banyak guna skill untuk sakitkan orang macam invoker korang gunalah BKB untuk void skill dia. Then kena tahu hero korang sesuai pakai item apa .

PERBANYAKKAN LAYAN YOUTUBE 

Dan yang terakhir bagi aku kalau korang nak jadi pro dalam dota 2 korang tak boleh lari dari layan youtube. Serius aku cakap kalau nak pro dalam dota kena layan pro-pro yang ada kat youtube macam miracle.

Bukan apa kat situ korang boleh dapat semua benda yang aku tulis kat atas macam korang akan tahu fungsi setiap hero, korang akan tahu fungsi setiap item.

Item apa yang korang kena beli dulu dan item apa untuk counter hero sebelah. So kenalah rajinkan diri untuk layan youtube.

Kesimpulan dari artikel aku ni ialah nak pro kena layan youtube sebab kat youtube korang boleh belajar macam-macam tentang dota 2.

2 COMMENTS

  1. Abang saya nak bagi idea cuba abang tulis cerita tentang stiap hero dota 2 , kan gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge