Makna dan takrif ilmu feqah

3
324
views

Pada kali ini diberi kesempatan lagi untuk menulis artikel . Insha Allah pada kali ini saya akan menulis artikel berkaitan dengan Takrif Ilmu Feqah

makna feqah dari segi bahasa dan istilah
makna feqah dari segi bahasa dan istilah

Secara umum Feqah mempunyai 2 makna . Pertama iaitu dari segi Bahasa dan kedua dari segi istilah .

Makna Feqah

Dari sudut bahasa . Feqah membawa makna faham . Di bawah merupakan dalil bagi makna ini .

Al-Quran ( Al-Isra’ : 44 ) – Tetapi kamu tidak dapat memahami tasbih mereka .

Hadis ( Muslim : 869 )  – Sesungguhnya seseorang yang sembahyangnya lama ( sembahyang jumaat ) dan khutbahnya pendek adalah petanda kefahamannya .

Feqah menurut istilah pula membawa dua makna :

Pertama : Mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan orang-orang mukalaf . Ia diambil daripada dalil-dalil ang nyata dan jelas iaitu al-Quran , as sunah dan pecahan daripada keduanya seperti ijmak dan ijtihad .

Contohnya kita tahu bahawa niat ketika mengambil wudhuk adalah wajib berlandaskan sabda rasulullah s.a.w : Sesungguhnya segala amalan itu hanya dikira dengan adanya niat / Al-bukhari dan Muslim 1907 .

Kedua : maksud feqah menurut istilah ialah hukum-hukum syarak itu sendiri . Oleh itu , ketika kita menyatakan bahawa kita belajar feqah , ia bermakna anda mempelajari hukum syarak yang ada dalam kitab-kitab feqah yang bersandarkan kepada al-Quran , as-sunah , ijmak ulama dan ijtihad mereka .

Contohnya : Hukum mengambil air sembahyang ( wudhuk ) , hukum-hukum solat , hukum-hukum jual beli dan hukum-hukum perkahwinan , penyusuan , jihad dan lain-lain .

Kesemua hukum-hukum syarak ini dinamakan dengan nama Feqah dari segi Istilah .

Jadi perbezaan kedua istilah ini iaitu pertama digunakan pada “ Mengetahui hukum hakan “ dan kedua digunakan pada “Hukum-hukum syarak itu sendiri

Setelah di atas saya menulis berkaitan dengan Makna dan Istilah Ilmu Feqah , dibawah pula saya akan menulis berkaitan dengan Hubungan antara feqah dengan aqidah islam .

Ketahuilah feqah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan iman kepada Allah Taala dan mempunyai kaitan rapat dengan rukun aqidah islamiyah terutamanya yang berkait dengan kepercayaan atau keimanan kepada hari akhirat .

Keimanan kepada Allah akan jadikan seseorang itu muslim yang berpegang teguh dengan hukum-hukum agama , ketaatan dan kerelaan dalam beribadah .

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat menjelaskan hubungan antara hukum dengan iman serta hubungan syariat dan aqidah . Di sini saya hanya menulis dua sahaja dalil berkenaan iaitu

Allah taala perintahkan untuk bersuci dan menjadikannya sebahagian daripada tuntutan iman berlandaskan firmannya dalam surah al-Maidah : 6

Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mendirikan sembahyang , maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga ke siku …..

Allah taala memfardukan puasa yang membawa kepada ketakwaan dan dikaitkan dengan keimanan.

Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa –( Surah Al-Baqarah : 183 )


Oleh itu jelas menunjukkan bahawa Ilmu Feqah amat berkait rapat dengan kehidupan manusia . Jadi sebagai seorang mukalaf hendaklah kita mempelajari ilmu feqah .

Sekian sahaja artikel pada kali ini iatu “ Makna dan takrif ilmu feqah “

Rujukan saya menulis artikel ini ialah Kitab Feqah Mazhab Syafie terjemahan dari penulisan dr Mustofa al- Khin , Dr Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji .

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge