Berikut antara masa terbaik bersedekah

3
162
views

Sedekah merupakan satu amalan yang sangat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w kepada  semua umatnya. Sedekah ini bukan sahaja dianjurkan oleh Rasululullah s.a.w kepada orang-orang kaya tetapi baginda mengalakkan kepada orang-orang miskin.

Inilah masa terbaik sedekahCerita atau kisah mengenai sedekah amatlah banyak dalam hadis-hadis Rasulullah. Ini menunjukkan bahawa sedekah merupakan amalan yang amatlah dituntut. Apabila sudah dituntut oleh baginda pastinya sedekah itu mempunyai keajaiban kebaikan dan kelebihan tersendiri.

Tapi sedekah macam manakah yang paling terbaik? Adakah hanya bersedekah ketika kaya ? Jadi untuk hari ini saya akan berkongsikan antara masa terbaik untuk bersedekah.

Tetapi sebelum itu saya ingin ingatkan anda hadis yang mana Rasulullah bersabda bahawa 3 amalan yang tidak akan putus walaupun kita sudah mati iaitu yang pertama sedekah jariah ke-2 Ilmu yang bermanfaat ke-3 doa anak yang soleh.

MASA TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH

1) BERSEDEKAH KETIKA BULAN RAMADHAN

Bersedekah ketika bulan ramadhan merupakan masa yang paling terbaik untuk bersedekah kerana pada bulan itu Allah melipat gandakan ganjaran pahala kepada mereka-mereka yang membuat amal kebaikan.

Jangan lupa Baca : http://khairulcushion.com/amalan-puasa-ramadhan-yang-mudah-untuk-dilakukan/

Oleh itu pada bulan ini kalau boleh kita juga hendaklah melipat gandakan amalan bersedekah seperti letak duit dalam tabung masjid, lepas itu bagi orang makan ( kalau kita mampu ).

2) BERSEDEKAH KETIKA KITA SIHAT

Lepas itu antara masa yang terbaik untuk bersedekah adalah ketika kita sihat sebab pada ketika ini biasanya ramai yang lupa pada Allah lupa pada kesusahan umat islam dan lupa untuk pergi ke masjid lupa.

3) BERSEDEKAH KETIKA KITA MISKIN

Teringat saya pada kata-kata Allahyarham Datuk Harun Din yang mengatakan jangan kita hanya pikir nak bersedekah ketika kita kaya, tetapi bersedekah untuk kaya ( bukan niat untuk kaya maksudnya tetapi bersedekah walaupun miskin dengan yakin bahaya walaupun sedekah kita tidak akan terus miskin dan yakin Allah akan lipat gandakan rezeki kita )

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Bersedekahlah ketika miskin

Selain itu berikut juga merupakan antara hadis mengenai sedekah

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi )

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Satu dirham mengalahkan 100.000 dirham.” Lalu seseorang bertanya : Bagaimana hal itu boleh terjadi , wahai Rasulullah?” Sabdanya “ Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian ia mengambil dari hartanya itu 100.000 dirham untuk disedekahkan . Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa , kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham ia ambil untuk disedekahkan .” ( HR Nasa’i dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )

3) BERSEDEKAH KEPADA AHLI KELUARGA

Antara masa yang terbaik atau sedekah yang terbaik adalah sedekah atau bantuan yang diberikan kepada ahli keluarga/kerabat atau keturunan.

Dari Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .” ( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )

4) BERSEDEKAH KETIKA TIADA ORANG

Seterusnya adalah bersedekah ketika tiada orang nampak pemberian kita tersebut. Maksudnya kita ikhlas dalam pemberian itu. Jangan nak bersedekah untuk menunjuk-nunjuk yang kita ini baik. Kalau dapat bersedekahlah ketika tiada orang nampak yang kita sedang bersedekah.

Bersedekahlah kerana Allah
Ikhlas

Dari Abi Umamah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan melakukan silaturahim akan memanjang umur .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )

KESIMPULAN

Sebenarnya banyak lagi waktu paling afdal dan terbaik untuk bersedekah di atas diantara waktunya.

Jadi saya juga ingin menyeru kepada seluruh sahabat sekalian untuk sentiasa bersedekah kerana dalam sedekah itu mempunyai kelebihan dia.

Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan menerima jangan takut untuk memberi kerana lebih banyak kita memberi lebih banyak kita akan menerima.

Baca jugak : http://khairulcushion.com/kisah-benar-ajaibnya-kuasa-sedekah/

Walaupun ada masa-masa afdal bersedekah tetapi kita mestilah kena selalu bersedekah untuk menjadikan ia kebiasaan dalam diri kita. Supaya kita ini menjadikan sedekah itu sebati dengan diri.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge