Masjid Kristal Kuala Terengganu

0
159
views

Assalamualaikum , yeah pada bulan 10 yang lalu aku dan rakan sebilik berjaya melaksanakan satu perancangan lawatan ke Terengganu , biasanya apa yang kitaorang plan awal semester tak jadi tapi kali ni jadi Alhamdulillah .

Maka dapatlah aku jejak buat kali pertama ke Kuala Terengganu .

Walaupun trip kitaorang ni banyak focus kepada air-air laut di Terengganu tapi apa salah kita berjalan ke bandar . Maka destinasi pertama yang kami pergi di Kuala Terengganu ialah Masjid Kristal .

masjid kristal terengganu
Pemandangan Jauh Masjid Kristal

 

Masa kitaorang pergi sana ramai jugak lah orang dan aku tertarik yang ada warga asing dan bangsa cina . Masjid seperti ini dapat menarik perhatian umum walaupun mereka bukan beragama islam .

Jadi terdapat kelebihan disitu untuk memperkenalkan islam kepada non-muslim .

TAHUKAH ANDA ? 

Masjid ini telah dirasmikan oleh perdana menteri kita yang ke-5 Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi , YDP- Agong Tuanku Mizan dan Raja pemaisuri Agong pada 8 Februari 2008 . –

Masjid ini telah dibina dengan mengunakan kaca dan keluli . Masjid ini juga mampu memuatkan seramai lebih kurang 700 jemaah pada satu-satu masa .

Gambar sekitar masjid kristal

gambar masjid kristal
masjid kristal
masjid kristal
masjid kristal
masjid kristal terengganu
Jalan masuk depan Masjid Kristal

 

Apa yang dapat aku katakan kalau korang pergi ke Kuala Terengganu bolehlah singgah ke masjid kristal yang bertempat di dalam kawasan Taman tamadun islam di Pulau Wan Man .

Cuma kali ni Masjidnya tidak sekilau dahulu . Kalau dulu kata orang lebih berkilau apa pun bolehlah singgah kalau tak tau nak pergi mana kat Kuala Terengganu tu ..

#Kalau da singgah tu jangan posing je ambik wudhuk solat dulu dalam masjid tu buat solat sunat 2 rakaat .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge