Aku masuk ke dunia blogger

1
75
views

Hari ini aku banyak habiskan masa jadi pembaca. Tapi aku bukan baca buku, novel mahukan surat khabar! Aku baca blog orang saja hari ini saja nak cari ilham dan semangat untuk jadi seorang blogger.

Sebenarnya aku start menulis blog dah lama. Aku pun sudah lupa bila pertama kali aku jejak ke dunia blogger. Tapi yang pasti aku mula-mula main blog memang betul-betul teruja sebab dapat buat website sendiri kononnya

Im proud to be bloggers
Proud be blogger

Sebelum aku jumpa flatform betul untuk jadi blogger aku ada bina beberapa website ( kononnya ) yang mana semua website tersebut macam-macam aku isi sampailah aku jumpa blogger.com.

Aku ingat lagi seharian aku godek-godek macam mana nak main blog . Godek punya godek satu-satu benda aku jumpa sampailah aku belajar cara buat template lagi menarik. Huhu rasa diri hebat masa tu tak sangka bongok lagi hahaha.

First blog aku buat untuk godek-godek ni ha -> Tekan Sini

Tengoklah rupa blog tu dah tak ada gaya blog sebenarnya. So situlah tempat aku godek-godek dan selalu buat research tentang dunia blogger ni. Lepas tu baru aku tau apa itu domain kepentingan domain dan sebagainya.

Jadi aku buat satu blog yang aku rasa macam nak serius tapi akhirnya juga terkandas. Tapi blog ni boleh tahan jugak selalu je ada visitor sampai sekarang akupun tak tau kenapa.

Ni tempat pertama sekali aku acah-acah nak serius nak -> http://garuda69.blogspot.my/

Ok tu aku terpikir nak buat domain sendiri .com. So terciptalah aku punya domain ni. Sebelum tu aku da dirikan banyak blog da yang mengarut-garut. Masa tu matlamat nak buat blog semata-mata nak cari atau tempat buat duit. Semuanya gagal hehehe.

Aku beli domain ni pada mulanya kat syokhost. 2 3 tahun jugalah kat syokhost.

Beli domain khairulcushion
Beli domain khairulcushion

Untuk pengetahuan korang aku punya blog ni kalau aku biarkan semua posting atau artikel-artikel yang lama lebih dari 200. Tapi semua artikel aku delete sebab aku ada sebab sendiri.

Sekarang aku baru nak bangunkan balik artikel dalam blog aku ni. Kat sini aku share cerita-cerita santai aku dan sekarang juga aku sedang nak bina satu lagi blog untuk aku kongsikan pelbagai informasi yang berguna di www.detikhati.com

Macam aku cakap kat atas mula-mula dulu aku pakai blogger.com tapi selepas buat research aku cuba wordpress self-hosting.

Aku pakai wordpress dan terus jatuh cinta dengan wordpress terus stay dengan wordpress sampailah sekarang. Tak tahu sebab apa aku lagi suka wordpress dari blogger.com.

Begitulah sedikit cerita aku macam mana aku masuk dunia blogger. Sekarang aku sangat teruja nak jadi seorang blogger berjaya macam hasrul hassan, pemilik denai hati dan macam-macam lagi. Diaorang ni antara idola aku dalam dunia blog. Semoga aku dapat capai no 2k ke atas dalam blog aku suatu hari nanti seperti mereka hehehe.

Kini blog sebagai hobi bukanlah sebagai tempat untuk mencari duit~

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge