Mengenali apa itu undang-undang tort di Malaysia ?

0
265
views

Untuk artikel ini saya ingin menulis secara ringkas berkaitan dengan undang-undang tort. Penulisan saya adalah berdasarkan apa yang saya belajar semasa di semester 4. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini mahupun arif di bidang ini cuma sekadar perkongsian kepada pembaca yang mungkin langsung tak tahu apa itu tort ? untuk apa undang-undang tort dan sebagainya.

DEFINISI DAN TUJUAN TORT

Perkataan tort berasal daripada perkataan latin iaitu “Tortus” yang maknanya twisted atau wrung yang membawa maksud “Wrong”. Oleh itu undang-undang tort bermaksud undang-undang mengenai kesalahan sivil atau perlakuan salah ( dari segi perbuatan atau tinggalan )

Menurut W.V.H Rogers : Menerangkan bahawa tanggungan ( liabiliti ) tort terbit daripada perbuatan melanggar tanggungjawab undang-undang.

Tujuannya adalah untuk memberi pampasan ( compentation ) kepada mangsa ( Plaintif ), selain itu ia adalah untuk mencegah berlakunya kerugian dan meletakkan mangsa kepada keadaan asal iaitu mengelakkan mangsa daripada ditindas atau sebagainya.

JENIS-JENIS KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG TORT

Untuk bab ini saya akan menulis artikel lain untuk detailnya hanya pada peringkat ini cukuplah anda tahu secara umum.

  1. Fitnah : Yang mana kalau seseorang difitnah maka dia boleh mengambil tindakan dibawah undang-undang tort. Tujuannya untuk memberi pampasan kepada mangsa dan memberi pengajaran kepada penyebar fitnah.
  2. Kecuaian : Kalau berlakunya kecuaian yang menyebabkan mangsa cedera atau mengalami kerosakkan maka dia boleh bawa ke mahkamah dan undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang tort.
  3. Kacauganggu : Kalau ada terasa di rasa tak selesa macam asap yang melampau-lampau dari kilang anda boleh ambil tindakan pada kilang tersebut dan pihak mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan persekitaran.
  4. Pencerobohan : Terbahagi kepada 3 iaitu pencerobohan terhadap tanah, harta benda dan tubuh badan.

Berikut diatas yang saya belajar pada semester lepas. Antara jenis kesalahan lain adalah Liabiliti Beralih dan Ketat yang mana tidak dapat saya huraikan kerana saya tiada pendedahan terhadap jenis kesalahan tersebut.

Saya belajar undang-undang tort sivil dan islam yang mana jika saya diberi peluang masa saya akan menulisnya pada artikel seterusnya.

Pendedahan undang-undang tort ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pembaca juga bahawa kalau anda berada di situasi-situasi tertentu anda sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang. Untuk memberi anda pampasan terhadap apa-apa sahaja kerosakkan atau kerugian yang anda perolehi.

Kalau bab fitnah ni antara paling popular di malaysia adalah melibatkan fitnah dari pihak media kepada ahli politik tengok sahaja kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berapa kali mereka nak failkan saman terhadap media cetak yang pro kerajaan. Fitnah bukan terhad pada media sahaja kadang-kadang dari perbuatan dan perkataan yang mana kalau anda difitnah anda boleh bawa ke mahkamah tetapi disini ia bersikap non-actionable perse yang mana anda kena buktikan kat mahkamah anda telah difitnah.

Apa yang penting dalam sesuatu perkara yang membawa ke muka pengadilan adalah locus standi iaitu hak anda untuk membawa perkara itu ke mahkamah. Anda mestilah mangsa.

Jangan pulak orang lain yang difitnah anda beria untuk bawa ke mahkamah. Kat situ anda tidak ada hak sebenarnya melainkan orang yang difitnah ahli keluarga.

Rasanya cukup untuk artikel ini. Hanya sebagai gambaran umum untuk undang-undang tort ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge