Menjadi exco sebagai titik permulaan untuk melangkah

0
29
views

Alhamdulillah tidak lama lagi aku dan rakan-rakan akan meletakkan jawatan masing-masing untuk memberi laluan kepada pimpinan baru menerajui Jabatan syariah undang-undang kuipsas di bawah fakulti pengajian islam

exco mt Jabatan Syariah Undang-undang 2015-2016
MT & EXCO Jabatan Syariah Undang-undang 2015-2016

Jadi pada kesempatan ini aku saja menulis satu artikel yang mana ingin meluahkan sedikit perasaan sepanjang mengalas tugas sebagai exco multimedia untuk jabatan .

Menjadi salah seorang daripada orang-orang yang bakal menjalankan sesebuah organisasi bukanlah satu keinginan untuk aku atau satu kesukaan pada mulanya . Aku telah diminta atau diajak oleh seorang sahabat untuk membantu jabatan dari segi multimedia sebabnya mereka beranggapan aku antara yang layak menggalas tugas tersebut sebab ada sedikit ilmu tentang multimedia dari sudut mengedit video , gambar dan lain-lain .

Pada mulanya aku ingin menolak tetapi semakin dihasut oleh kawan-kawan yang ada , Semakin hari menghampiri hari percalonan aku semakin dihasut . Pada malam percalonan pula aku pada mulanya nak nak tarik diri dari bertanding tapi aku minta beberapa pandangan atau nasihat dari beberapa kawan rapat ketika itu .

Sampailah hati ni tersentuh , akhirnya aku setuju untuk bertanding . Ya sudah semesti adat pertandingan ada menang ada kalah . Aku tidak kesah andai aku kalah untuk mendapatkan kedudukan sebagai exco multimedia sebabnya aku bertanding 2 penjuru ( dengan seorang sahabat wanita ) .

Pada keesokkan harinya , diumumkan peraih undi yang paling banyak bagi setiap kerusi tak sangka pula aku antara yang dapat memenangi kerusi yang dipertandingkan yakni exco multimedia . Fuhh tak tau la nak acap apa ketika itu biarlah jelah .

Aku ingat nak menjadi salah seorang dari pelaksana organisasi ni mudah rupanya sangat susah . Pelbagai konflik , ketidakpuashatian , ketidaksukaan dan macam-macamlah dapat aku rasa ketika dalam organisasi .

Hmm tapi itulah yang dikatakan pengalaman . Jadi mungkin anda tertanya-tanya apa kena-mengena Menjadi exco sebagai titik permulaan untuk melangkah ? Yang diatas hanyalah pendahuluan penulisan 😛 haha . Sekarang baru aku nak mulakan apa yang aku dapat sepanjang menjadi exco . Ye …

Sesungguhnya menjadi seorang exco merupakan satu anugerah Allah kepada aku untuk mencuba itulah yang dapat aku katakan untuk pertama-tama sekali .

Apa tidaknya aku semasa berada di sekolah menengah merupakan seorang yang pendiam atau lebih tepat dikatakan sebagai seorang yang langsung tidak aktif . Dengan program dan penglibatan dalam perbincangan .

Tetapi masa jadi exco alhamdulillah aku dapat merasai apa yang aku tak dapat masa sekolah menengah . Aku berbincang dengan orang-orang yang cerdik pandai dari aku . Tengok cara mereka mengolah langkah dalam menjayakan program . Tengok cara mereka menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi .

Sebelum menjadi seorang exco aku jarang dan sangat takut kehadapan . Tetapi semasa menjadi seorang exco alhamdulillah perasaan takut kehadapan semakin pudar disebabkan beberapa kali ditolak kehadapan atau dicabar kehadapan oleh sahabat-sahabat aku .

InshaAllah dengan adanya keberanian ini semoga aku mampu membawanya ke luar nanti semasa alam pekerjaan atau mungkin untuk degree / master dan seterusnya …

Itulah sedikit point yang dapat aku ungkapkan dalam bentuk tulisan pada kali ini , walaupun banyak lagi sebenarnya tapi sekarang pun jam da menunjukkan 3.53 A.M dengan assignment ada yang tak siap lagi so aku hentikanlah tulisan kali ini setakat ini sahaja .

So aku berasa bangga sebab dapat menjadi sebahagian daripada organisasi . Terima kasih kepada mereka yang pernah undi / support aku . Terima kasih atas kesempatan dan peluang yang diberikan .

Dan untuk calon-calon yang bakal bertanding semoga anda semua berjaya dan jabatan semoga jabatan kita digeruni semula oleh jabatan-jabatan lain . Semoga sem-sem berikutnya ada banyak program .

Dan kepada rakan seperjuangan sebelum ini aku memohon maaf anda banyak membuat salah dan silap sepanjang bersama kalian . #TERIMA KASIH SYADEPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge