Murtabak berkuah vs murtabak bawang

0
46
views

Tinggal lagi 2 hari saja lagi kita akan menyambut syawal yang juga akan menandakan berakhirnya bulan puasa !

Bila sebut sahaja berkaitan dengan bulan puasa bukan sahaja berkaitan dengan amalan , lailatul qadar , nuzul quran , bahkan ia turut berkait dengan pesta makanan .

Apa tidaknya beraneka makanan dijual di pasar ramadhan atau di sebut bazar ramadhan sehingga manusia lupa dengan alam barzakh . Pergi barzar ramadhan aurat tidak ditutup , mata tidak dijaga , nafsu membazir membuak-buak . – Renung-renungkan selamat beramal

Panjang semacam aku punca merepek kat atas nah sekarang kita balik ke topik asal kita iaitu berkaitan dengan murtabak .

Murtabak kari vs murtabak bawang
MURTABAK KUAH KARI DENGAN BAWANG

Kalau kat tempat aku ni untuk dapatkan murtabak hanya ada dua cara iaitu pergi ke pasar tani ( pada hari biasa di luar ramadhan ) dan juga ketika bulan ramadhan di bazar ramadhan .

Berkaitan dengan topik Murtabak berkuah vs murtabak bawang ini aku tulis berdasarkan pengalaman aku memakan murtabak dengan mengunakan inti kedua-duanya .

Kalau di bazar ramadhan mentakab , beli murtabak dapat kedua-dua perencahlah kata mudahnya . Disini ada dua gerai yang menjual murtabak dan kedua-duanya mengunakan kaedah yang sama iaitu memberi kedua-dua perencah.

Setelah aku makan . Aku merasakan murtabak itu tidak lengkap jika tidak ada kuah yang macam kari tu . Berbanding dengan murtabak yang hanya ada perencah bawang fuhh seksa sangat nak makannya .

Tapi itulah lain orang lain citarasa mungkin tekak aku sebati dengan murtabak berkuah berbanding dengan murtabak bawang .

Aku ingat lagi tahun lepas semasa kuliah dalam bulan ramadhan . Aku dan kawan pergi mencari murtabak di daerah kuantan , memang setakat murtabak ada tapi untuk mencari murtabak berkuah amat sukar .

antara murtabak kari dengan murtabak bawang
antara murtabak kari dengan murtabak bawang

Nak taknak kitaorang belilah murtabak sebab rindu gila nak makan murtabak ketika itu . Bila waktu berbuka saja kitaorang makan sambil semua komen tentang mengapa peniaga tidak menjual murtabak yang perencahnya kuah kari kenapa semua jual murtabak intinya atau perencahnya bawang !! ?

Mungkinlah kos pembuatan lebih murah dan membuatnya lebih mudah . Itu antara penyebab yang mana peniaga tidak menjual murtabak dengan berintikan kari .

Inilah antara coretan aku tentang murtabak kari dengan murtabak bawang . Kalau di pahang antara tempat paling popular membeli murtabak ialah di jerantut . Sumpah aku tak pernah makan murtabak di jerantut tersebut . Murtabak tersebut sangup dibeli oleh orang dari kuantan , temerloh , KL pun ada oi !

Apa bestnya akupun tak tahulah , kalau korang berkesempatan bolehlah cuba makan murtabak ferry di jerantut pahang .

Selalu sangat restoran murtabak ferry ini masuk akhbar dan pernah dipublisitikan oleh televisyen di program majalah 3 dan lain-lain .

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge