Nikah menurut Islam ( Mazhab Syafie )

1
25
views

Nikah menurut Islam ( Mazhab Syafie ) : Di dalam Agama islam nikah merupakan salah satu tuntutan agama. Nikah merupakan satu sunnah Nabi s.a.w, jadi barang siapa yang bernikah pasti ada ganjaran besar daripada Allah taala kepadanya.

Untuk itu pada hari ini saya akan kongsikan apa itu nikah menurut islam daripandangan Fiqh Mazhab Syafie. Semoga penulisan ini bermanfaat kepada anda semua insha Allah.

apa itu nikah
bicara mengenai nikah

PENGERTIAN NIKAH

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Dari segi syarak pula, nikah ialah satu akad yang menghalalkan istimta’ ( iaitu bersetubuh atau berseronok ) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.

Sebab apa ia dinamakan nikah ? Ini kerana nikah ialah mengumpulkan dua manusia dan menyatukan diantara satu sama lain. Orang arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok.

Baca Juga : 5 Kewajipan seorang muslim terhadap orang islam lain

Walaupun begitu makna hakiki kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya ( majaz ) ialah persetubuhan

Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dengan makna dan bukannya persetubuhan. Ini dapat dilihat pada surah al-ahzab ayat ke 49 :

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi ( mengahwini ) perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, maka tidaklah perlu kamu menghitung edah mereka.

Kalimah ” Menikahi perempuan-perempuan yang beriman ” dalam ayat di atas bermaksud kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan-perempuan yang beriman. Ini berpandukan firman Allah selepas itu yang bermaksud : ” kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka “. Maksud menyentuh mereka ialah menyetubuhi mereka.

Kenapa disyariatkan pernikahan ?

Islam telah mensyariatkan pernikahan serta meletakkan peraturan-peraturan yang jelas dan tepat. Peraturan-peraturan ini diasaskan di atas prinsip-prinsip kukuh yang menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagian rumah tangga, penyebaran kebaikan penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

Baca juga : Cara nak move on selepas putus couple

Islam amat mengalakkan perkahwinan kerana ianya dapat menjaga maqasid syariah yang 5 iaitu maqasid keturunan. Dengan adanya ikatan perkahwinan maka diketahui nasab keturunan seseorang itu tidaklah ia berterabur tidak tahu siapa ayah dan sebagainya.

HIKMAH DARIPADA PERKAHWINAN

Terdapat banyak hikmah atau kelebihan daripada perkahwinan. Berikut saya kongsikan beberapa faedah daripada perkahwinan.

Apa dia faedah nikah

1. Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah

Allah telah mencipta manusia serta membekalkan mereka dengan keinginan seksual dan keinginan kepada wanita bagi seorang lelaki. Fitrah ini dibekalkan juga kepada wanita-wanita yang ingin kepada lelaki.

Oleh kerana Islam merupakan agama fitrah, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah yang terpahat di jiwa manusia. Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan yang boleh memenuhi tuntutan itu.

Islam tidak pernah untuk menyekat naluri ini. Ia tidak menghancurkan kehidupan manusia dengan mengharamkan perkahwinan. Ia juga tidak menyeru manusia agar membujang dan hidup seperti seorang rahib

Abi Samrah r.a menyatakan : Nabi Melarang daripada hidup membujang.

Perkahwinan dalam islam adalah untuk semua orang yang mampu. Islam tidak menegah sesiapa pun untuk berkahwin baik raja ataupun rakyat biasa, baik agamawan ataupun orang biasa tidak seperti setengah agama yang melarang agamawan mereka untuk berkahwin. Ini secara tidak langsung telah menghalang fitrah bagi seorang manusia.

2. Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyarakat Islam

Islam mengalakkan umatnya supaya mempunyai keturunan yang ramai. Islam juga menjadikan diantara matlamat ialah melahirkan masyarakat Islam yang digeruni dan disegani. Selain itu, Al-Quran juga menyeru manusia supaya berkahwin dan menyeru penjaga ( wali ) supaya mengahwinkan anak lelaki dan perempuan mereka.

Masyarakat yang dipenuhi dengan remaja yang dibesarkan di bawah didikan ibu bapa yang pengasih dan penyayang serta mengetahui bagaimana membentuk akal serta kebolehan anaknya, adalah lebih baik daripada masyarakat yang dipenuhi dengan generasi yang lahir daripada perbuatan zina.

3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani

Perkahwinan yang syarie akan menghasilkan ketenangan jiwa dan ketentaraman diri ini berdasarkan firman Allah taala di dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud

Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa dia mencipta untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dia jadikan di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berpikir.

Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam menggambarkan keperluan manusia kepada perkahwinan, serta ketenangan dan kebahagian yang lahir daripada perkahwinan tersebut.

Dan banyak lagilah hikmah atau faedah daripada perkahwinan kalau nak dihuraikan seperti contohnya menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak, menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia dan sebagainya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge