Nota bab pengeluaran perdagangan spm

0
139
views

Setelah berkongsikan nota keperluan dan kehendak pada kali ini saya akan berkongsikan Nota bab pengeluaran perdagangan spm .  Masih di bab yang sama iaitu asas kepada perdagangan .

Apakah maksud pengeluaran ?

bab pengeluaran perdanganganPengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia .

Pengeluaran juga oleh didefinisikan sebagai penciptaan nilai faedah , iaitu menghasilkan baran dan perkhidmatan yang dapat memberikan faedah kepada manusia .

Nilai faedah bermaksud keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia , iaitu dapat memberikan kepuasan kepada pengguna atas penggunaan barang berkenaan .

Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang berubah bentuk , berpindah tempat , berubah masa dan bertukar pemilik .

  • Nilai faedah bentuk – Proses pengeluaran yang melibatkan bentuk sesuatu barang diubahsuai . Sebagai contoh , bijirin gandum diubah menjadi tepung
  • Nilai faedah tempat – Apabila sesuatu barang keluaran berubah tempat . Sebagai contoh barang yang dipindahkan daripada tempat yang tiada permintaan ke tempat yang ada permintaan
  • Nilai faedah masa – Apabila sesuatu barang disimpan sehingga terdapat permintaan untuk barang tersebut . Sebagai contoh , baju hujan meningkat permintaannya pada musim hujan
  • Nilai faedah milikan –Apabila sesuatu barang berpindah tangan daripada seseorang kepada seseorang yang memerlukan . Sebagai contoh , besi buruk tiada nilai kepada seorang suri rumah , tetapi pada seorang peniaga besi , tinggi nilainya .

Jenis-Jenis Pengeluaran

Jenis pengeluaran yang ada setakat ini ialah dua . Iaitu , jenis pengeluaran secara langsung dan pengeluaran secara tidak langsung .

Pengeluaran langsung

Pengeluaran langsung merujuk kepada kegiatan pengeluaran oleh seseorang individu untuk memuaskan keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga dengan mengeluarkan sesuatu barang dengan sendiri tanpa bantuan pihak luar

Antara ciri-cirinya ialah

  • Kurang cekap
  • Berlaku dalam masyarakat kuno
  • Diusahakan sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan
  • Berbentuk kecil-kecilan
  • Tidak wujud aktiviti jual beli

Pengeluaran tak langsung

Pengeluaran tak langsung wujud apabila seseorang individu mengkhusus dalam suatu bidang pengeluaran yang diminatinya

Ciri-cirinya ialah

  • Melibatkan bantuan pihak lain ( Fama , mardi , dll )
  • Dijalankan pada zaman kini
  • Wujudnya aktiviti jual beli

Cabang pengeluaran

Diantara berikut merupakan cabang-cabang pengeluaran iaitu perusahaan , perdagangan dan khidmat langsung . Dibawah merupakan huraian untuk setiap cabang tersebut .

Perusahaan merupakan suatu kegiatan mendapatkan bahan mentah dan mengubah bahan tersebut menjadi barang separuh siap ataupun barang siap .Antara industri yang termasuk dalam cang ini ialah Industri ekstraktif , perkilangan dan pembinaan .

Ekstratif – Iaitu meliputi segala aktiviti yang mengeluarkan bahan mentah dari bumi dan laut . Merupakan industri primer atau sektor peringkat pertama . Contohnya – Pertanian , perikanan , pembalakan dan lain-lain .

Industri Perkilangan – Meliputi aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang barang separuh siap atau barang siap . Merupakan industri sekunder atau peringkat kedua . Barang separuh siap ialah barang yang perlu diproses , dipasang atau di ubah bentuk sebelum digunakan . Contohnya mikrocip dan papan kekunci .

Barang siap terus boleh digunakan seperti beg , kasut dan komputer .

Industri Pembinaan – Meliputi aktiviti memasang atau membina yang menggunakan barang separuh siap atau barang siap . Contoh membina bangunan , rumah kediaman , jalan raya atau jambatan .

Perdagangan pula merupakan proses mengagih barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada penggna pada masa , tempat dan harga yang sesuai . Antara dalam kategori ini ialah Perniagaan dan Bantuan perniagaan .

Perniagaan – Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan hanya bermotifkan keuntungan .

Manakala bantuan perniagaan pula ialah perkara yang memastikan urusan jual beli dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan . Antaranya iala bantuan perbankan , komunikasi , pengangkutan , pergudangan , insurans , dan promosi .

Khidmat Langsung pula bermaksud khidmat yang diberi kepada pengguna secara langsung tanpa melibatkan orang tengah . Terbahagi kepada perkhidmatan profesional dan perkhidmatan bukan profesional .

Faktor Pengeluaran

4 faktor pengeluaran ini terlibat dalam aktiviti pengeluaran . 4 faktor tersebut ialah tanah , buruh , modal dan usahawan . Berikut merupakan penjelasan mengenai 4 faktor pengeluaran ini .

Faktor Tanah – Sumber bahan mentah dan tempat menjadi tapak untuk membina kedai atau kilang .

Faktor Buruh – Merupakan tenaga pekerja secara fizikal atau mental yang diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran . Terbahagi kepada 3 iaitu Buruh mahir , separuh mahir dan tidak mahir .

Modal – Merupakan sumbangan dalam bentuk wang tunai , jentera , mesin atau peralatan lain yang digunakan untuk memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar dan berkesan .

Usahawan – Merupakan individu yang mana bertanggungjawab dalam menggabung dan menyelaraskan faktor pengeluaran seperti tanah buruh dan modal dalam menghasilkan sesuatu keluaran .

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge