Nota keperluan dan kehendak perdagangan bab 1

1
75
views

Jadi pembaca sekalian kali ini saya akan menulis  Nota keperluan dan kehendak untuk subjek perdagangan ting 4 yang mana saya harapkan ia nya akan berguna kepada pembaca-pembaca yang ingin menduduki peperiksaan spm .

APAKAH DEFINISI ATAU MAKSUD KEPERLUAN

Definisi atau maksud keperluan ialah – : Barang atau perkhidmatan yang membolehkan kehidupan manusia itu hidup pada tahap keselesaan yang paling rendah @ Keperluan bermaksud : – Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup di dunia ini .

Dalam kehidupan manusia keperluan boleh dibahagikan kepada keperluan asas dan keperluan lain . Berikut di bawah merupakan pembahagian kepada keperluan asas yang diperlukan di dalam kehidupan manusia

  • MAKANAN : – Merupakan keperluan asas utama untuk terus hidup
  • TEMPAT TINGGAL : Keperluan ini untuk melindungi manusia daripada panas , hujan dan bahaya
  • PAKAIAN : Pakaian merupakan keperluan untuk menutup badan dan melindungi diri daripada cuaca panas dan sejuk

Selain daripada keperluan asas di atas akan disebut sebagai keperluan lain  atau perkara asas tambahan  . Ia nya juga diperlukan oleh manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna dan selesa . Contohnya keperluan ini ialah :- Pendidikan / Perubatan / Bekalan Air / Elektrik / Pengangkutan / dan lain-lain . Keperluan manusia adalah sama bagi semua manusia ( pegang kata kunci ini untuk mengetahui apa itu keperluan )

#Info tambahan :- Jika dalam soalan ditunjukkan sebuah kereta ( bukan kereta mewah ) jawapan itu menjurus kepada keperluan manusia  , begitu juga Laptop / Komputer yang mana telah menjadi keperluan untuk semua manusia pada masa kini .

Apakah definisi atau maksud KEHENDAK

Definisi atau maksud bagi kehendak ialah : – Barang atau perkhidmatan yang di inginkan  oleh manusia untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa atau menunjukkan kemewahan , darjat , bagi memenuhi kepuasan dalam kehidupan @ Keinginan memiliki barang dan perkhidmatan untuk kehidupan yang lebih mewah , selesa serta menyeronokkan . Ia juga boleh bertindak sebagai simbol untuk memuaskan ego seseorang .

  • Tanpa memenuhi kehendak manusia juga mampu untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini
  • Kehendak ini bersifat tidak terhad tetapi pendapatan manusia yang terhad telah mengehadkan kemampuan manusia untuk memenuhi kehendak mereka .
  • Kehendak manusia juga berbeza antara satu sama lain dan bergantung pada pendapatan , budaya , cita rasa , jantina dan sebagainya
  • Kehendak manusia biasanya hendak kepada barangan yang mewah seperti barang kemas , kereta mewah , rumah banglo , atau melancong keluar negara .
  • Oleh itu , dapat dirumuskan kehendak merupakan pelengkap kepada keperluan manusia . ia di bentuk oleh kebudayaan , pengalaman serta persekitaran seseorang individu

Pada artikel seterusnya , saya akan menulis nota lengkap berkaitan perbezaan antara keperluan dengan kehendak , hierarki keperluan maslow . Sila Perbezaan antara keperluan dan kehendak , untuk membaca sambungan artikel ini sekian terima kasih

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge