Nota lengkap bab 2 perdagangan tingkatan 4

0
338
views

Pada kesempatan ini saya ingin menulis Nota lengkap bab 2 perdagangan tingkatan 4 . Dalam ini saya akan tulis berkaitan dengan maksud perdagangan pengangkutan maksud perniagaan , perbankan , pergudangan , komunikasi , dan lain-lain

Maksud Perdagangan 

Perdagangan iaitu semua kegiatan yang berkaitan dengan pengagihan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir pada satu-satu masa , tempat , harga , dan kuantiti yang memenuhi keperluan dan kehendak pembeli ( pengguna ) .

Dua komponen yang terdiri dalam perdagangan ialah perniagaan dan bantuan perniagaan . Bantuan perniagaaan terdiri daripada perbankan , insurans , pengangkutan , komunikasi , pergudangan dan promosi

BACA :http://khairulcushion.com/ciri-ciri-usahawan-dan-perbezaan-antara-usahawan-dan-peniaga/

#Info tambahan untuk maksud perdagangan 

Tanpa kegiatan perdagangan , maka proses pengeluaran tidak akan berjaya , ini disebabkan keperluan dan kehendak pengguna tidak dipenuhi . Sesuatu kegiatan perdagangan ialah bertujuan untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak pengguna akhir .

Maksud Perniagaan

Perniagaan pula bermaksud aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapat keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kehendak dan keperluan masyarakat . Perniagaan terdiri dari dua jenis iaitu perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

Perniaagan dalam negeri bermaksud satu aktiviti jual beli yang dilakukan oleh penduduk di sesebuah sempadan dalam satu negara . Terdiki daripada perniagaan runcit dan perniagaan borong .

Manakala perniagaan antarabangsa ialah satu aktiviti perniagaan yang melintasi sempadan sesebuah negara dan melibatkan eksport , import dan entrepot.

Bantuan perniagaan

 

Inilah dia bantuan perniagaan
bantuan perniagaan

Apa itu bantuan perniagaan > Yang dimaksudkan dengan bantuan perniagaan ialah perkhidmatan yang disediakan untuk menyokong aktiviti serta operasi perniagaan agar berjalan lancar . Perbankan , insurans , pengangkutan , komukasi , pergudangan dan promosi merupakan bantuan perniagaan .

#Perbankan – Perbankan digunakan untuk membuat penyimpanan kerana tawaran bank yang memberi perkhidmatan simpanan yang pelbagai . Peniaga boleh menyimpan wang dan mendapat faedah di atas simpanan yang dibuat

Bank juga memberi kemudahan dalam penerimaan dan pembayaran seperti contoh cek . Ia amat memudahkan seseorang peniaga membuat pembayaran atau menerima pembayaran atas urus niaga yang dijalankan .

#Insurans – Insurans pula berfungsi sebagai pelindung peniaga daripada kerugian yang berpunca daripada bermacam-macam risiko seperti kecurian , kebakaran dan lain-lain lagi . Selain itu berfungsi sebagai pelindung peniaga daripada ganti rugi akibat kecederaan .

Antara jenis insurans ialah insurans , kemalangan , kebakaran , hayat , marin , dan lain-lain . Semua insurans ini akan melindungi peniaga dan membolehkan peniaga memberi tumpuan penuh terhadap perniagaan yang dijalankan.

#Pengangkutan – Pengangkutan pula ialah proses penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lai atau penghantaraan barang daripada pengeluar kepada pemborong ataupun pengguna akhir .

Antara pengangkutan yang dapat membantu peniaga ialah lori , treler , kapal terbang , kapal laut , dan sebagainya . Oleh itu dengan pengangkutan dapat memudahkan peniaga untuk memindah dan menghantar barangan mereka .

#Komunikasi – Komunikasi pula bermaksud penyampaian maklumat , berita , atau penerangan secara lisan iatu melalui telepon ataupun secara bertulis iaitu melalui mel , e-mel , faksimile dan telegram .

Dengan komunikasi peniaga dapat menghantar atau menerima berita , maklumat , pesanan dan maklumat dengan cepat sama ada dalam negeri ataupun di luar negara . Peniaga juga boleh berkomunikasi dari jarak yang jauh .

Dengan adanya komunikasi perniaga dapat menjalankan perniagaan mereka dengan licin dan dapat mengembangkan perniagaan mereka secara meluas . Antara contoh alat komunikasi ialah telepon , faks dan lain-lain.

#Pergudangan – Pergudangan pula ialah tempat penyimpanan dan menstor barangan . Ia menjamin bekalan barang secara berterusan di dalam pasaran . Barang yang disimpan akan dikeluarkan apabila ada permintaan . Fungsi pergudangan juga sebagai saluran dalam menstabilkan harga di pasaran dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan di pasaran .

#Promosi – Dan bantuan perniagaan yang terakhir ialah promosi . Promosi dilakukan oleh pengeluar atau peniaga untuk memberitahu , memujuk , dan mempengaruhi seseorang untuk membeli dan menggunakan keluaran atau perkhidmatan mereka .

Promosi membantu meluaskan pasaran , meningkatkan permintaan dan menambahkan jualan sesuatu barangan . Antara jenis promosi ialah pengiklanan , publisiti , jualan terus dan lain-lain .

Itulah antara perkara yang saya tulis untuk Nota lengkap bab 2 perdagangan tingkatan 4 . Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca sekalian

Sumber rujukan : Superb express dan Target bestari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge