Nota perdagangan keperluan dan kehendak spm

0
170
views

Kepada pembaca sekalian , ini merupakan bahagian kedua untuk nota perdagangan keperluan dan kehendak tingkatan 4 . Untuk sahabat pembaca yang belum membaca keperluan dan kehendak bahagian satu bolehlah untuk membacanya Disini

Baiklah saya akan meneruskan perkongsian pada kali ini dengan tajuk yang sama iaitu keperluan dan kehendak .

Perbezaan di antara Keperluan dan Kehendak

Keperluan Kehendak

 

Wajib dipenuhi untuk terus hidup Tidak perlu untuk hidup dan merupakan pelengkap hidup
Bersifat universal iaitu sama untuk setiap individu Merupakan perkara yang dipelajari daripada pengalaman hidup
Terdiri daripada makanan , pakaian , tempat tinggal . Semua perkara yang membolehkan manusia hidup dengan lebih selesa
Bergantung pada keperluan fizikal yang diperlukan oleh individu Bergantung pada tingkat pendapatan atau tujuan individu
Carta aliran hierarki keperluan maslow
Keperluan mengikut hierarki maslow

Hierarki keperluan maslow : Abraham maslow ( merupakan seorang ahli psikologi )  telah membahagikan keperluan manusia kepada tiga tahap yang ditunjukkan melalui rajah Hierarki Keperluan Maslow seperti gambar di bawah :-

Apa itu keperluan Fisiologi

Keperluan fisiologi ialah keperluan yang paling asas . Terdiri daripada makanan , air , udara dan rehat . Keperluan ini adalah lebih diutamakan daripada keperluan lain serta dapat membantu membolehkan tubuh badan manusia berfungsi dengan baik. Tanapa keperluan ini manusia tidak boleh hidup .

Keperluan keselamatan merupakan salah satu daripada keperluan fisiologi . Keperluan ini merujuk kepada keadaan manusia yang perlu merasakan dirinya bebas daripada segala ancaman bahaya seperti cuaca buruk , binatang buas dan sebagainya

Untuk masa kini keperluan ini dapat di penuhi oleh pihak kerajaan negara , melalui penubuhan polis dan tentera serta undang-undang . Hal ini menjamin manusia dapat keamanan keadilan dan keselamatan . Oleh itu , manusia dapat hidup bebas tanpa perlu risau dan bimbang .

#Note Keperluan Fisiologi

  • Merupakan keperluan asas dan keperluan keselamatan .
  • Keperluan asas membantu tubuh badan manusia fungi dengan baik
  • Contoh pakaian , makanan , tempat tinggal
  • Keperluan keselamatan iaitu barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup dengan aman dan tenteram , bebas daripada ancaman jenayah peperangan , bencana alam dan sebagainya
  • Contohnya , pasukan keselamatan seperti polis , tentera dan bomba

Apa itu KEPERLUAN SOSIAL

Keperluan sosial merupakan keperluan yang terdiri daripada keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan .

Keperluan kasih sayang merupakan keinginan seseorang untuk berkawan , serta disayangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan . Diperoleh dengan pergaulan dengan keluarga dan masyarakat .

Keperluan penghargaan pula adalah keperluan manusia untuk dihargai , disanjungi , dihormati , dan dikenang atas apa usaha atau kejayaan yang telah di capai . Contohnya ahli sukan yang beroleh pingat emas dalam acara yang dimasuki .

#NOTA KEPERLUAN SOSIAL

  • Keperluan ini meliputi keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan
  • Manusia memerlukan kasih sayang daripada keluarga , sahabat handai dan jiran tertangga
  • Manusia juga ingin dihargai atau diberi penghormatan atas kejayaan , sumbangan atau kecemerlangan yang mereka capai
  • Manusia yang dapat memenuhi keperluan ini akan berasa gembira bahagia dan tenang dalam kehidupan mereka

Apa itu KEPERLUAN ROHANI

Keperluan rohani ialah keperluan yang tertinggi di dalam kedudukan hierarki keperluan maslow . Berkaitan dengan keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik

Biasanya melibatkan jiwa dan perasaan seseorang individu . Keperluan ini akan mendorong individu mengenal pasti kebolehan serta mengasah bakat yang ada untuk mencapai kejayaan . Manusia boleh mencapai keperluan ini dengan memenuhi jiwa mereka dengan nilai keagamaan .

#Note Keperluan Rohani

  • Meliputi keperluan sempurna kendiri , iaitu dorongan untuk manusia menggunakan bakat atau kemahiran yang ada pada diri demi mencapai kepuasan dalam diri
  • Antara perkara yang termasuk dalam keperluan rohani ialah agama , sukan , hiburan .

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge