Bab 3 perdagangan perniagaan dalam negeri

0
49
views

Disini saya menulis nota perdagangan perniagaan dalam negeri secara pecahan dan tidak lengkap 100% . Segala isi yang ditulis di ambil daripada sumber rujukan buku nota perdagangan itu sendiri .

Perniagaan dalam negeri

Perniagaan sendiri membawa makna aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk tujuan mendapat keuntungan. Dibahagi kepada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa .

Perniagaan dalam negeri dilakukan antara penjual dengan pembeli yang dilakukan di dalam sesebuah sempadan negeri . Contohnya perniaga daripada Temerloh , Pahang dengan Peniaga dari Kota Bharu , Kelantan .

Perniagaan dalam negeri dibahagikan kepada perniagaan runcit & perniagaan borong . Perniagaan runcit ialah kegiatan pembelian barang yang dilakukan oleh peruncti daripada pemborong atau pengeluar dan menjualnya kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang kecil ataupun sedikit .

Manakala makna perniagaan borong pula ialah kegiatan membeli barangan secara pukal dariapda pengeluar ataupun daripada pengilang dan menjualnya kepada peruncit .

Saluran agihan perniagaan

Makna saluran agihan ialah cara bagaimana sesuatu barang atau perkhidmatan itu disampaikan daripada pengeluar kepada pengguna .

Jenis-jenis saluran agihan perniagaan 

PERNIAGAAN DALAM NEGERI
PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Pengeluar akan mejual produk pada kuantiti yang besar kepada pemborong . Kemudian pemborong akan pecah pukal  , dan dijual kepada peruncit . Jenis yang ini sesuai untuk barang keperluan dapur dan barang keperluan harian .

Agihan yang melibatkan pelantikan ejen oleh pengeluar adalah satu saluran yang sesuai untuk hasil penerbitan .

Pada peringkat ketiga saluran agihan di atas ialah pemborong melakukan 2 fungsi iaitu membeli dalam kuantiti yang besar daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna .

Seterusnya kaedah yang melibatkan peruncit sebagai orang tengah . Saluran ini sesuai diamalkan oleh peruncit besar-besaran seperti pasar raya , gedung aneka jabatan dan lain-lain . Mereka akan mendapatkan barangan secara terus daripada pengeluar .

Faktor pemilihan saluran agihan 

Sebagai seorang pengeluar , mereka hendaklah memilih saluran yang sesuai dalam memastikan barang atau perkhidmatan mereka sampai ke tangan pengguna pada masa , tempat dan harga yang dikehendaki oleh pengguna . Berikut merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan pemilihan saluran agihan

  • Jenis barang atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan
  • Saiz dan kemampuan pengeluar
  • Saiz pasaran
  • Kos agihan dan pengangkutan
  • Permintaan barang dan jenis pengguna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge