Onani atau masturbasi atau melancap ( Lengkap )

0
95
views

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, rasanya hari ini saya rasa berbesar hati untuk berkongsikan satu kertas kerja saya berkaitan dengan onani atau melancap. Saya menulis berkaitan tajuk ini merujuk kepada beberapa buah buku dan blog. Jadinya diakhir artikel saya ada meletakkan sumber saya mendapatkan maklumat.

Penulisan ini tidaklah begitu lengkap disebabkan ini hanyalah satu kertas kerja yang biasa bukannya thesis.

Untuk itu kalau anda rasa ianya tidak lengkap untuk anda, anda bolehlah mencari dari sumber yang lain.

ONANI LENGKAP

1.0 PENGENALAN ONANI

Onani atau lebih popular dengan nama masturbasi merupakan satu stimulasi seksual pada alat kelamin seseorang dengan cara menggunakan tangan individu tersebut atau menggunakan alat bantuan mahupun menggunakan tangan pasangan masing-masing. Dengan tujuan utamanya adalah untuk mencapai sebuah kepuasan seksual. Atau dengan bahasa mudahnya Onani itu adalah satu perbuatan yang mana berusaha untuk mengeluarkan air mani bukan menerusi hubungan seksual. Biasanya dilakukan dengan tangan sendiri.
Di Malaysia perkataan onani lebih popular dengan nama Melancap menurut myhealth.gov.my melancap ialah satu perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada remaja lekaki mahupun remaja perempuan. Ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya kerana mereka mungkin berasa malu. Melancap adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit .
Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’ atau Adat Al-Sirriyah atau Darbu A’syarah. Manakala menurut istilah pula ialah perbuatan yang mengeluarkan sperma ( air mani ) bagi lelaki dengan menggunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan. Prinsip Onani adalah sebuah tindakan yang mana berfungsi sebagai cara untuk merangsang alat kelamin dengan tangan atau benda lainnya untuk mendapatkan sebuah kepuasan yang maksimal.
Namun apa yang menakutkan perbuatan onani seperti tidak terkawal apabila ada yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini ditempat awam. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 20 Mac 2017 pada jam 17.14 waktu tempatan :
“KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas .”
Selain itu laporan yang dibuat oleh Mariah Ahmad pada 24 Mei 2015 melaporan seorang lelaki yang mempunyai ketagihan seks melampau melalukan onani berdekatan dengan seorang pelajar wanita di sebuah tempat awam di SS15, Subang Jaya. Disebabkan perlakuan itu pakar psikologi Universiti Malaya Prof Madya Dr. Mariani Mohd Nor berkata walaupun beronani adalah satu keperluan naluri manusia namun tindakan pelaku melakukannya di tempat awam adalah satu kelakuan yang tidak senonoh .
Ini merupakan suatu perkara yang harus dibimbangkan oleh masyarakat kita kerana kalau ianya tidak dibendung seawal mungkin ini boleh merosakkan akhlak, kesihatan dan juga pikiran yang sihat masyarakat kita. Sebagai Ibu bapa mereka hendaklah memainkan peranan semenjak di rumah lagi dengan mengawal pengunaan Internet anak-anak mereka di rumah, selalu untuk menyemak telepon mereka adakah ada video yang bukan-bukan dan sebagainya.

2.0 HUKUM ONANI

Jumhur ulama bersepakat mengatakan bahawa onani atau istimna’ itu hukumnya adalah haram atau tidak boleh dilakukan. Namun masih ada ulama yang menyatakan hukum lain selain daripada haram seperti hukumnya makruh dan juga diharuskan. Berikut merupakan hukum-hukum onani.

HUKUM LENGKAP BERKAITAN DENGAN ONANI

2.1 HARAM

Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’I, Mazhab Hanafi, satu riwayat daripada Imam Ahmad, yang juga diambil sebagai pendapat jumhur ahli ilmu, Syeikh Islam Ibnu Taimiyah, sebagian besar ulama Sanggit, Ibnu Baz, Ibnu Utsaimin, Albani, dan lain-lain semuanya mengharamkan perbuatan onani ini. Adapun dalil pengharamannya adalah berdasarkan firmah Allah di dalam surah al-Mukminun ayat ke 5 hingga 7 :

وَالَّذينَ هُم لِفُروجِهِم حافِظونَ * إِلّا عَلىٰ أَزواجِهِم أَو ما مَلَكَت أَيمانُهُم فَإِنَّهُم غَيرُ مَلومينَ * فَمَنِ ابتَغىٰ وَراءَ ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ العادونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka mereka sesungguhnya dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di baik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”
Daripada ayat jelaslah dalilnya, bahawa Allah s.w.t memuji orang-orang mukmin ( Islam ) yang memelihara kemaluannya dari hal-hal yang diharamkan, kecuali terhadap isteri dan budaknya. Al-‘adiy artinya orang yang zalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti ia telah melampaui batas, dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar larangan Allah. Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan dari ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi ( onani ) itu haram hukumnya.

Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat mebuak-buak. Perbuatan ini tidak boleh ia lakukan, kerana mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para dokter kesihatan.

Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut.
Ibnu Katsir dalam tafsirnya, juz: 5, hal : 458 cetakan As-Syaeb mengatakab bahawa Imam Syafi’I dan pengikutnya telah mengambil dalil pengharaman onani dengan ayat “ Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan budak yang mereka miliki. Seterusnya Ibnu Katsir berkata, perbuatan onani tidak termasuk ( di luar ) dari keduanya, iaitu menggauli isteri dan budaknya, berdasarkan firman Allah taala iaitu
“ Maka barangsiapa mencari yang lain ( menggauli isteri atau budak ), mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”
Mereka juga berdalil dengan firman Allah taala dalam surah An-Nur ayat 33 iaitu
وَليَستَعفِفِ الَّذينَ لا يَجِدونَ نِكاحًا حَتّىٰ يُغنِيَهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ
“ Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian ( diri )nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnianya.”
Ayat ini menjelaskan tentang pengharaman onani dari dua sudut iaitu

1. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang Islam yang belum mampu berkahwin agar menjaga kesucian dirinya “وَليَستَعفِفِ” Kalimah ini merupakan kalimah perintah. Di dalam usul fiqh, kaedah perintah menunjukkan hukum wajib. Artinya, barangsiapa yang belum mampu untuk berkahwin, diwajibkan baginya untuk menjauhi hal-hal yang menjerumuskan dirinya ke dalam lembah kehinaan ( kemaksiatan ), seperti zina, homoseks, onani dan sebagainya.
2. Allah tidak pernah berfirman tentang penghalalan onani bagi mereka yang tidak mampu melaksanakan perkahwinan, dan sebaliknya Allah justru memerintahkan untuk memelihara diri. Jika Allah membolehkan hambanya untuk beronani, nescaya dia telah menjelaskannya di dalam ayat Al-Quran. Surah An-Nur ayat 33 di atas yang menerangkan masalah perkahwinan ( bagi yang mampu ), tidak menyebutkan solusi lain bagi yang tidak mampu kecuali dengan ( diwajibkan ) menjaga kesucian dirinya.

Jadi kerana tidak adanya dalil yang menerangkan tentang onani, serta adanya kalimah perintah tadi, iaitu “وَليَستَعفِفِ”, maka dapatlah disimpulkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram hukumnya. Syeikh Qurtubi menafsirkan Surat An Nur ayat 33 seperti berikut :
“ Dan tatkala Allah tidak menentukan suatu perbuatan apapun yang pantas, kecuali dengan menikah atau menjaga kesucian diri ( jika belum mampu ), maka perbuatan yang selain itu hukumnya tetap haram. Juga satu pengecualian lagi yang dibolehkan iaitu menggauli budak wanitanya dalam firman Allah.”

Jadi berdasarkan huraian diatas, onani haram hukumnya. Selain dari ayat Al-Quran, mereka juga memakai dalil dari hadis, yang menerangkan bahawa onani itu haram :

“ Dari Abdullah bin Mas’ud Ra, ia berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: “ Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kalian sudah siap ( mampu ) menjalani hidup berumah tangga ( suami-isteri ) maka kawinlah ! Sesungguhnya di balik itu, pandangan mata dan kemaluan akan lebih terjaga dan terpelihara dari perbuatan maksiat. Dan barang siapa belum mampu, hendaklah berpuasa. Kerana dengan berpuasa itulah dirinya akan terlindung dari kemaksiatan.” ( HR. Bukhari Muslim )

Maksud dalil ini, bahawa Rasulullah s.a.w memberikan petunjuk kepada pemuda Muslim: agar segera mendirikan rumah tangga bagi mereka yang sudah mampu dan supaya berpuasa bagi yang masih belum mampu. Hanya itu sahaja yang disabdakan oleh baginda, dan kalaulah Rasulullah s.a.w membolehkan perbuatan onani, nescaya beliau akan menerangkannya. Ternyata baginda tidak menjelaskannya. Maka dapat disimpulkan bahawa onani adalah perbuatan yang diharamkan .

2.2 MAKRUH

Pengikut mazhab Hanbali memberikan dalil tentang onani dengan menggunakan qiyas. Mereka mengatakan :
“ Bahawa onani adalah perbuatan mengeluarkan air mani dari badan, dan mani itu sendiri adalah sebahagian dari ( isi ) anggota badan, maka tentangnya tidak ada larangan ( jaiz ). Adapun qiyasnya, bahawa perbuatan onani itu seperti perbuatan orang yang mengeluarkan darah dari bahagian tubuhnya, demi untuk kesembuhan penyakitnya.”
Meskipun berpegang pada dalil yang demikian mereka tetap membenci perbuatan itu. Juga riwayat Atho’ iaitu mazhab Ibnu Hazm yang memakruhkan perbuatan onani. Ibnu Hazm berkata :
“ Bahawa orang lelaki-lelaki dan perempuan yang menyentuh alat vital masing-masing, menurut ijma’ para ulama, hukumnya boleh ( mubah ). Maka perbuatan onani tersebut tidak ada hukum yang mengharamkannya, sebagaimana firman Allah s.w.t :
“ .. padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, …” surah Al An’am ayat 119
Dan kerana Allah tidak menjelaskan bahawa perbuatan onani sebagai hal yang haram, maka perbuatan itu merupakan perkara yang dibolehkan. Ini berdasarkan firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah ayat 29
“ Dialah Allah yang menjadikan segala sesuatu di bumi untuk kamu sekalian”
Akan tetapi, walaupun berdasarkan ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa perbuatan onani tidak haram, kita tetap membencinya, mengingat perbuatan itu tidak terpuji dan tidak tergolong akhlakul karimah.

2.3 HUKUM HARUS

Hukum yang membolehkan perbuatan onani ini berasal daripada pendapat Al Hasan, Amr bin Dinar, Ziyad bin Abi Al Ala’ dan Mujahid. Al-Hasan memberikan penjelasannya mengenai orang lelaki yang berbuat onani sehingga keluar air maninya, bahawa: “ Hal itu juga dilakukan tatkala peperangan.
Dari sini dapat diambil satu kesimpulan, bahawa Al Hasan membolehkan perbuatan onani berdasarkan onani berdasarkan yang pernah terjadi di dalam keadaan perang. Ertinya perbuatan tersebut dibolehkan jika dalam keadaan yang sangat terpaksa dan mendesak.
Dari ketiga pendapat tadi, ternyata yang lebih kuat argumentasinya adalah pendapat yang mengharamkan perbuatan onani itu. Jadi dapatlah disimpulkan demikian disebabkan dalil naqli ( nusus ) yang dikemukakan sangatlah kuat, sedangkan dalil aqlinya khususnya yang berkenaan dengan masalah kesihatan menurut ilmu kedokteran sangatlah masuk akal.
Sedangkan pendapat yang memakruhkan atau membolehkan onani sangatlah bertentangan dengan kebenaran, meskipun yang berpendapat demikian adalah ulama-ulama yang terkenal. Jadi pendapat yang lebih benar ( arjah ) dan sesuai patut dan harus diikuti.

3.0 BAHAYA AMALAN ONANI

Menurut Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ), Malaysia, Dr. Mohd. Ismail Mohd Tambi mengatakan bahawa onani jika dilakukan sekadar untuk melepaskan perasaan nafsu syahwat, ia tidaklah memudaratkan. Bagaimanapun, jika ia telah menjadi amalan sehingga menyebabkan seseorang itu ketagih, boleh mengundang mudarat.
Kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi pengajian tinggi berkaitan dengan seksualiti manusia mendapati, lelaki yang beronani dengan kerap dan ganas boleh menghadapi masalah mati pucuk ( disfungsi erektil ) pada masa akan datang. Tahukah anda bahawa ada lelaki yang beronani hingga memintal dan menarik zakarnya atau wanita yang mengesel kemaluan dengan tuala atau zakar palsu menyebabkan mereka akan hilang kenikmatan dalam melakukan hubungan seksual dengan pasangannya. “ jelas Ismail.
Individu terbabit yang terbiasa dengan amalan ini, tidak mudah mencapai kepuasan seksual dengan cara lain. Malah, mereka akan berasa resah, tidak tenteram dan gelisah selagi tidak melakukannya. Amalan beronani atau juga dikenali sebagai melancap ( mastubasi ) ini bermula dari orientasi seksual manusia yang berusia seawal antara satu hingga dua tahun. Ia dikenali sebagai fasa uretral. Pada fasa ini, seseorang mula mengenali anggota kemaluan meallui sentuhan.
Adakalanya amalan beronani ini bermula apabila seseortang kanak-kanak lelaki menggentel zakar ketika hendak tidur. Dalam keadaan seronok, kanak-kanak itu akan tertidur. Apa yang membimbangkan kata Ismail, sekiranya mereka tidak dapat meninggalkan amalan setelah berumah tangga, ia akan menyebabkan individu terbabit lebih cenderong berseorangan daripada berinteraksi dengan pasangannya.
Sekalipun, ketagihan amalan ini tidak disifatkan sebagai masalah mental, ia boleh menimbulkan tekanan pada mental. Secara tidak langsung, ia akan mendedahkan individu terbabit mengalami kemurungan dan sebagainya. Atas alasan inilah maka agama melarang amalan beronani. Selain dianggap satu penyeksaan zahir dan batin, ia juga mendedahkan seseorang kepada keperibadian yang lemah. Ini disebabkan oleh seseorang itu dilihat sebagai tidak mempunyai jati diri kerana terlalu tunduk kepada hawa nafsu,” ujarnya .
Dr John Harvey Kellogg mengatakan bahawa onani mendatangkan banyak penyakit termasuklah kegilaan, rabun dan kanser. Manakala menurut Prof Peter Lim mengatakan bahawa kualiti spema menjadi tidak baik jika seseorang lelaki itu terlalu kuat melakukan onani. Maka dengan itu ianya membuatkan persenyawaan kurang bagus dan seterusnya mampu untuk membuatkan anak yang dilahirkan itu menjadi kurang sihat.

4.0 SEJARAH ONANI

Jika ingin diungkap sejarah onani ini secara fakta yang tepat tidak ada. Namun begitu onani ini mempunyai sejarahnya sendiri. Sejarah onani ini lebih dominan kalau dilihat pada kitab kristian yang mana seorang pemuda bernama onan pada saat itu sedang berasa tidak tenteram kerana dia disuruh oleh ayahnya, Yehuda untuk menikahi seorang janda yang merupakah bekas isteri saudara lelakinya.

Onan tidak sanggup kerana dia yakin bahawa anak yang lahir akan dianggap nanti akan dianggap sebagai keturunan saudaranya yang telah mati tersebut. Oleh itu, Onan memutuskan untuk menumpahkan spermanya di luar tubuh janda tersebut setelah mereka berhubungan seksual. Dengan cara ini isterinya itu tidak akan hamil. Namun disebabkan perbuatannya itu Tuhan telah murka dan Onan mati.
Namun ada juga yang mengatakan bahawa Tamadun Sumeria menjadikan aktiviti onani ini sebagai salah satu teknik popular untuk meningkatkan kesuburan. Teknik popular ini dilakukan berseorang atau dengan pasangan masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge