Pandangan : Wajarkah seorang calon pemimpin itu kurang dalam pelajaran ?

0
44
views

Semenjak kebelakangan ini , aku selalu pula menulis diari peribadi di dalam blog serba kekurangan ini . Kali ini juga aku ingin menulis sedikit diari yang merupakan satu pandangan peribadi .

Bila baca saja tajuk diatas mungkin korang sudah dapat bayangkan apa yang ingin aku tulis dalam artikel ini . Ya .. pada kali ini aku ingin membuat sedikit pandangan berkaitan dengan memilih pemimpin , tetapi pemimpin tersebut kurang dalam pelajaran .

Kurang dalam pelajaran  ? Boleh ke seseorang itu menjadi pemimpin ? Dah kalau belajar pun malas macam mana nak jadi pemimpin ? Dah kalau belajar pun tak focus bolehkah dia jadi pemimpin ?

Hmmm . Itu mungkin antara tanggapan seseorang jika pemimpin dipilih daripada kalangan mereka yang kurang pandai .

Kita semua manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan . Walaupun hati dan perasaan kita berbeza-beza tetapi percayalah kita tidak jauh berbeza .

Seseorang itu boleh berubah disebabkan seseorang . Seseorang itu mampu berubah disebabkan sesuatu . Jadi apa kena mengena dengan memilih pemimpin ?

Oleh itu , aku merasakan andai seseorang itu dipilih menjadi seorang pemimpin dia mungkin boleh berubah dan mungkin boleh disiplin . Inilah antara cabaran yang perlu diambil sebabnya kita hanya bermain dengan perkataan “Mungkin” 

So sekarang aku akan berbahas berdasarkan situasi semasa ..

Tidak lama lagi organisasi kami akan memilih pimpinan baru untuk menjalankan organisasi akan datang akan tetapi bebanyakkan bakal calon tidak mempunyai kelayakan cgpa.

Jadi timbullah persoalan dari kalangan kawan-kawan aku , macam mana ni kita nak tentukan pimpinan berikutnya sedangkan orang yang layak bertanding pada jawatan sepatutnya tidak melepasi cgpa yang telah ditetapkan . Pening beb …

Perlukah kita memilih berdasarkan cgpa ? Sedangkan dia layak memegang jawatan yang sepatutnya dia pegang ? Takkan kita nak bagi orang yang pandai saja tapi tak membantu dalam menjalankan sesebuah organisasi ?

Bagi aku , tidak sepatutnya seseorang itu dinilai pada kedudukan cgpa semasa . Ini sebab kita masih berada di zaman seorang pelajar jadi kita masih ada kesempatan . Bawa mereka masuk ke dalam sesebuah organisasi dan sentiasa nasihat mereka untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mereka .

Mungkin sebelum itu mereka lalai , mereka tidak disiplin dengan masa tetapi selepas memegang sesatu jawatan mereka lebih sedar dengan masa dan dapat membuat kerja dengan penuh disiplin

Selain itu juga , andai ada seseorang individu yang senyap saja patut diberi peluang untuk manage sesebuah organisasi sebab kita sekarang berada di dunia mahasiswa dan masih ada masa untuk mengilap seorang pemimpin . Inilah masa kita membentuk jiwa kepimpinan dalam setiap individu .

Akan tetapi perkara ini berbeza dengan memilih pemimpin selepas habis belajar . Sudah pasti ketika itu pemimpin yang dipilih mestilah dari kalangan yang terbaik yakni terbaik dari segi pelajaran dari segi kepimpinan dari segi keagamaan dan seumpamanya .

Cuma pandangan aku ketika belajar tidak perlulah terlalu straight untuk memilih seorang pemimpin organisasi . Jawatan itu berilah kepada mereka yang layak dan sepatutnya . Dan beri peluang kepada mereka curahkan idea dalam menjayakan sesebuah program .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge