Pengalaman di bukit Kluang, Besut Terengganu

1
34
views

Pada hari Jumaat, Sabtu dan ahad baru-baru ini diberi sekali lagi kesempatan untuk membuat lawatan ke negeri orang. Pada kali ini Terengganu menjadi destinasi untuk berjalan. Kali ini pergi ke Terengganu bukan dengan kelompok yang kecil tetapi cukup besar iaitu seramai 57 orang menyertai program kali ini.

Program ini diberi nama Family Day Genap.

Program ini disusun oleh Sekretariat Anak-Anak Pahang Kuipsas ( Genap ) dan disertai oleh 40 orang ahli Genap Kuipsas iaitu mereka yang menetap di Pahang dengan yuran sebanyak RM40 seorang.

Jadinya pada artikel ini saya tidak mahulah bercerita secara lengkap tentang kelengkapan ke Bukit Kluang hanya nak share antara aktiviti-aktiviti kami di bukit kluang.

PROGRAM MENARIK DI BUKIT KLUANG

Berikut merupakan antara program kami di BUKIT KLUANG yang dapat saya kongsikan pada pembaca sekalian selama satu hari kami di sana.

HIKING BUKIT KLUANG

Aktiviti pertama kami adalah hiking iaitu memanjat bukit kluang. Wow ini antara bukit yang mencabar untuk didaki bukan sebab ianya terlalu mencabar tetapi memandangkan masa dan keadaan kami ketika itu amat mencabar.

Hiking bukit kluang besut terengganu
Hiking bukit kluang besut terengganu

Kami menaiki bas dari Kuantan ke Kluang pada jam 1 pagi dan sampai ke Bukit Keluang dalam jam 7 pagi. Fuhh sampai sana bagi mereka yang menaiki bas yang tidur di dalam bas mereka mendapat sedikit rehat bagi yang tidak tidur menyesal dibuatnya.

Hiking bukit kluang
Haa ni dia asal boleh tidor je hahaha sian hafiz penat drive agak nya

Saya dan beberapa orang Ajk program menaiki kereta dan saya terpaksa meneman sahabat yang drive tu sampai ke Kluang. Fuhh jahanam jugalah mata. Sampai sahaja di sana kami singgah di rumah tamu disana untuk letakkan segala macam barang sebelum ke bukit untuk hiking.

Dalam jam 9 pagi kami mula memanjat bukit Kluang. Mengambil masa lebih kurang setengah jam ke atas ( kalau jalan dengan pantas ). Dan paling lambat pun crew yang sampai mengambil masa sejam itupun sebab banyak sangat bergambar hahaha.

Sampai dipuncak BUKIT KLUANG fuhh rasa lega dan rasa betul-betul puas dengan pemandangan di atas sana.

Pemandangan indah bukit kluang
Pemandangan di bukit kluang

Kalau dari pemandangan saya saya boleh bagi 8/10 Bukit Kluang ini. Dan sangat saya syorkan untuk anda memanjatnya.

Bukit kluang

BOLA SEPAK PANTAI DAN BOLA BALING PANTAI

Seterusnya setelah puas bergambar di atas bukit sekarang kami pergi ke pantai pula untuk membuat aktiviti pantai.

Aktiviti pantai pertama yang kami buat adalah main bola sepak pantai bagi lelaki dan bola baling pantai bagi perempuan. Ya Allah cuaca yang sangat panas amatlah mencabar keimanan dan daya ketahanan diri.

Dengan tidak cukup rehatnya membuatkan diri semakin lesu tetapi disebabkan rasa seronok dan ingin bersuka ria membuatkan mata dan badan terus bersemangat.

Bermain di pantai bukit kluang

Ni pertama kali saya main bola sepak pantai rasanya amatlah mencabar sebab nak lari bukan senang beb. Main 3 minit sebelah tapi dia punya lebih bukan main.

 

Alhamdulillah Liga berjaya dibuat dalam jam 11 sampai ke jam 2. Settle semua game dan Alhamdulillah kami team AJK menang sebagai JUARA. Tak sangka pulak ^_^. AHahahaha

SUKANEKA 

Selepas berakhir aktiviti mencabar diatas dan selesai solat jama’ sekarang tiba aktiviti ringan iaitu serbaneka ditepi pantai KLUANG. Fuhh macam-macam aktiviti telah disediakan seperti tiup tepung, main ikat kaki dan sebagainya.

Alhamdulillah satu je game yang aku main iaitu main baling belon air ke belakang dan mendapat naik johan pada acara tersebut. Yang lain malas main sebab panas gila. Biarlah diaorang main hahahha.

BANANA BOT 

Seterusnya selepas habis sukaneka dalam jam 5 petang kami ke pantai untuk membuat aktiviti bebas. Kali ini suka hati nak buat apa pun jadi kami tidak melepaskan peluang untuk menaiki banana bot di bukit kluang ini.

Dengan bayaran RM15 seorang dan kawtim punya kawtim dapatlah RM10 seorang kami ke sebuah pulau kecil untuk bermandi manda.

Seronok bukan main beb pergi ke pulau naik banana bot ni. Actually ni first time aku naik tapi rasa takut langsung tidak ada. Yang ada semuanya rasa seronok dan enjoy hahaha.

Banana bot bukit kluang

Mandi dalam setengah jam di pulau tersebut dan kami kembali ke pangkalan. Wow dia punya gelombang naik banana bot memang best gila rupanya.

Tapi satu tragedi telah terjadi setiba ingin sampai di tepi pantai tempat kitaorang naik banana bot, pemandu banana bot telah buat satu skill dengan niat ingin menjatuhkan kitaorang, nah sekarang semua terpelanting ke dalam laut.

Apa yang menyedihkan apabila spek mata aku hilang dalam kejadian tersebut hahahaha. Damn gila rasa time tu. Kawan aku seorang pun hilang spek mata. Hahahha

Cilaka gila diaorang tak bagi tahu yang nak buat skill tu. Jadinya pengajaran disini adalah jangan korang cuba bawa spek mata kalau naik benda alah ni kalau tidak korang menyesal.

Tapi rasa sakit hati tidak lama mana sebab rasa seronok telah membuatkan diri ini terlupa akan spek yang hilang. hahahaha.

BALIK 

Selepas semuanya berakhir tiba masanya untuk pulang ke rumah tamu. Dan bersihkan diri kitaorang siap-siap dan bakar BBQ pada malam tersebut lepas isyak. Alhamdulillah pada malam tersebut juga kami telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Akhir kata memang seronok gila pergi program kali ini. Serius walaupun letih tetapi puas dia lain macam. Apa yang dapat aku bagi rating adalah 9/10 program kali ini. Pada hari ahad pula kitaorang berjalan sakan di KUALA TERENGGANU.

Kitaorang berjalan di PASAR PAYANG.

Berikut antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan ketika kami di sana.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge