Pengalaman membuat lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya

0
35
views

Alhamdulillah pada hari rabu lepas ( 16.08.2017 ) saya dan kawan-kawan diberi kesempatan untuk membuat lawatan ke Istana kehakiman putrajaya.

Untuk pertama sekalinya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah program dan juga ahli jawatan kuasa daripada syariah department yang berjaya mengerakkan program ini.

Saya sangat bersyukur sebab sempat untuk join program ini kerana tempat yang disediakan sangatlah terhad. Ramai jugak yang ingin join program ini tetapi terpaksa ditolak disebabkan kuota yang disediakan telah penuh.

Lawatan ke istana kehakiman
Gambar : https://www.facebook.com/Kehakiman/

Sebenarnya program ini hanya dijalankan dalam masa satu hari sahaja. Yang mana kami mula berkumpul seawal jam 4 pagi. Dan semua peserta siap berkumpul dalam jam 4.40 lebih kurang dan kami mulakan perjalanan kami ke Putrajaya dalam jam 5 Pagi.

Perjalanan kami menggunakan Bas yang disediakan oleh pihak Kolej.

Dan kami selamat sampai di perkarangan Istana Kehak

Lawatan ke istana kehakiman
Bergambar dahulu sebelum masuk ke Istana Kehakiman

iman dalam jam 10 pagi. Kami disambut oleh 2 orang pegawai penolong pendaftar istana kehakiman.

Lawatan ke istana kehakiman
Antara geng yang ada ketika baru sampai di Istana Kehakiman

Selepas kami berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman tersebut kami dibawa masuk ke Dewan Persidangan untuk diberi sedikit sebanyak taklimat dan pengenalan kepada sistem kehakiman di Malaysia.

Actually semua yang pergi program ini sudah mengetahui asas-asas dalam undang-undang so Encik Adzlin yang layan kami tu pun dia buat secara ringkas sahaja. Tapi bila dia tanya soalan macam siapa top 4 dalam bidang kehakiman semua diam jugak hahaha.

Lawatan ke istana kehakiman
Bergambar di dalam Dewan Persidangan sebelu mendengar taklimat

Sesi soal jawab kami bersama Encil Adzlin lebih kurang dalam 20 minit sahaja. Sebelum kami dibawa ke Bilik Bicara. Hmm tapi kami terlepas sebenarnya perbicaraan Tan Sri Isa Samad yang juga dibicarakan di Istana Kehakiman.

Tan Sri Isa Samad punya kes pada belah pagi dan kami sampai pun sudah lewat jadi nampaknya kami tidak ada rezeki untuk dengar kes tersebut.

Lawatan ke istana kehakiman
Gambar oleh pegawai Istana Kehakiman

Kami telah dipecahkan kepada 2 buah kumpulan 10 lelaki dan 10 perempuan ( 2 group sebab kami 40 orang ).

Jadi apabila dibawa ke bilik perbicaraan saya sempatlah mendengar kes rayuan sivil. Actually sepanjang perbicaraan saya hanya mendengar dan dapat faham sedikit sahaja sebab kami masuk di tengah-tengah perbicaraan.

Barulah tahu suasana perbicaraan sebab ini merupakan kali pertama saya masuk ke Mahkamah.

Selepas mendengar perbicaraan yang “membosankan” kami diajak untuk ke Muzium Mahkamah oleh En.Adzlin. Dekat situ bagi anda yang belum pernah melawat, anda akan dapat ilmu pengetahuan seperti siapa hakim-hakim terdahulu, baju hakim dan sebagainya.

Lawatan ke istana kehakiman
Bergambar di Kerusi Hakim ^_^

Tapi bagi saya kat muzium adalah tempat untuk bertanya pengalaman dan sebagainya kepada en. Adzlin. Nasib baik beliau seorang yang peramah. Banyak juga soalan yang saya dan kawan-kawan tanyakan kepada beliau bukan sahaja terhad kepada bidang kehakiman bahkan kami tanya soal peribadi.

Kat situ banyaklah dia share perjalanan hidup dia ” masa dia belajar law” sebab dia ambik bahagian service bukan terus menjadi lawyer dan sebagainya.

Setelah hampir sejam kami di muzium tibalah masanya untuk kami gerak ke tempat lain.

Dalam tentatif kami sepatutnya akan makan bersama Adun Maran, so kami gerak dari Istana kehakiman ke satu tempat. Sampai disana Datul ( saya tak ingat pula apa namanya ) tidak ada yang ada cuma penolong sulitnya sahaja bersama beberapa orang lagi.

makan di warung diplomatik
makan di warung diplomatik

Jadi kami makan di Warung Diplomatik Putrajaya. Makanan kat situ seriusly mantap gila sedap ditambah pula semuanya percuma hehehe.

Seusai makan kami sepatutnya bergerak ke Masjid Negara tetapi sayang pemandu bas buat hal sendiri. Dia tak nak bawa kami kesana sebab katanya dia ada temu janji lain padahal dalam kertas kerja yang diluluskan oleh bahagian hal ehwal pelajar kami sepatutnya balik petang bukannya pada jam 2.

Jadinya terpaksalah kami pulang ke kampus.

Kesimpulannya apa yang saya rasa kali ini sangat bermakna. Dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ISTANA KEHAKIMAN kerana sudi melayan kami semua dengan baik.

Dan saya berharap agar legasi Syariah Department akan datang meneruskan program seperti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge