Pengalaman menjadi sukarelawan tenaga pegajar tuisyen

1
63
views

Rasanya pada kali ini saya ingin berkongsi pegalaman saya semasa menjadi salah seorang tenaga pengajar sukarela untuk PTP. Walaupun telah 4hari berlalu pengalaman itu tetap segar didalam diri ini.

Pengalaman menjadi sukarelawan tenaga pegajar tuisyen

Sebenarnya apa itu PTP? Ptp ialah singkatan kepada PROJEK TUISYEN PERCUMA  dimana ia memberi tumpuan dan peluang kepada anak orang orang kurang kemampuan untuk mendapat kelas tambahan secara percuma.

Ia merupakan satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Kuantan Prihatin negeri Pahang dan bekerjasama dengan MPP KUIPSAS.

Saya bersyukur dan berbesar hati apabila di ajak untuk menyertai program ini. Secara peribadi saya sangat memandang tinggi program seperti ini walaupun ianya sukarela tidak ada imbuhan yang diberikan.

Saya teringat kepasa hadis nabi yang mengatakan 3 perkara atau amalan yang berterusan apabila mati seorang anak adam itu iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan kepada orang lain dan orang tersebut mengamalkannya dan juga doa anak soleh.

Oleh itu dengan adanya program seperti ini saya dapar berkongsi ilmu dengan anak bangsa saya sendiri. Ditambah pula saya amat meminati bidang mengajar.

Alhamdulillah ini bukan kali pertama saya menjadi tenaga pengajar. Jadi rasa gugup itu sudah tiada walaupun saya seorang yang pemalu hehehe.

Saya rasa program seperti ini harus dibuat atau dijalankan di setiap daerah. Kerana ianya banyak membantu pelajar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.

Seperti ptp ini selain membantu golongan anak kurang kemampuan ianya sebenarnya mensasarkan pelajar kelas akhir so ianya dapat membantu pelajar tersebut.

Dalam kelas baru-baru ini ada seorang pelajar apabila saya tanya berkaitan topik hari tersebut iaitu pecahan atau bak kata orang putih fraction ia seperti kosong tak belajar apa-apa.

Tapi alhamdulillah apabila kami mengajarnya dia mampu buat soalan lain dengan mudah. Jadi nampak dengan adanya tuisyen seperti ini dapat membantu pelajar sedikit sebanyak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge